Showing posts with label birthdays. Show all posts
Showing posts with label birthdays. Show all posts

09 July 2015

My Iron Lady

assalamualaikum~ :)

Well, yesterday was this aunty's 57th birthday.


The Iron Lady of the house.

My forever idol.

My favorite cook.

My source of money, my Bank Negara.

Happy Birthday, Momsie! Sorry that I can't be back for your birthday party. Workloads were piling up, I might as well lemas di bawah jurnal-jurnal ni semua. Ugh. Will try my best to be home by tomorrow! Pinkie promise.

:)

Actually, words can't describe how much I love you, since the love seems to grow more and more each day. Even one long post pun tak cukup nak ceritakan sayang Angah kat Mama. Well, you won't be reading this anyway. Then why bother expressing kan? Haha!

I wish you hundreds more birthdays to come! You have to live, at least sampai my third child, okay? Cause I'll be having three je. LOL. Shower them with your love and money like you always do to us.

Ahaks.

30 August 2013

Sisters' Birthdays on Salary Day

assalamualaikum~ :)

You see.. I've been working all my life for the past seven weeks. And had received my allowances twice. And those twice, MUST fall on my brother's and sisters' birthdays. I wonder why. 

-__________-"

My first allowance, was spent on my brother's birthday on last July. Five pieces of KFC, because he's one gator liddat. Gahh..

And for my second allowance, yes, both my sisters HAVE TO be born in three days time. But they both are not Merdeka babies since sorang diberanakkan sehari SEBELUM Merdeka, dan sorang lagi diberanakkan sehari SELEPAS Merdeka. Hahahaha.. Kesian mama. Tak merasa dapat anak Merdeka. Lulz. :D

Since I've been one cheapskate sister throughout my life, because I'm poor, guess I should treat my little siblings something for their birthdays. Lagipun, aku tak rasa depa bertiga ni jenis manusia yang nak simpan hadiah/cenderamata elok-elok. Heh.

Adik lelaki, dah dapat KFC dia. So yang perempuan, I gave them choices.

"Malam ni aku nak belanja makan. Ampa pilih, nak makan kat Chortiezzz ka, Pizza Hut ka, atau steamboat. No Secret Recipe. Tak mampu."

Hahahahaha!!

Chortiezzz tu, aku dah lama usya. Betul-betul depan HQ, tempat aku kerja masa bulan puasa hari tu. Akhirnya, merasa jugak makan kat situ, sebab both sisters pilih untuk makan western food. Muehehehe..

Chortiezzz is one fine restaurant. Jual makanan barat. And environment dia pun, best. Lagipun kawan aku kata, situ chef hotel yang masak. Aloq Staq mari.

Aku, forever steak. And both my sisters had chicken. Sorang chicken chop, sorang lagi... Errr.. Grilled kot, kalau tak silap. Hihihi..

Gravy dia, terrrrrrrrrbaik!! Sedap! Tapi kalau ikut portion, quite small. Sebab selama ni, aku selalu makan di Mai Cafe near my house, kalau mintak steak, feh. Sampai penat kunyah. Hewww.. But still, the steak was good. Even my sister's chicken chop pun sedap.

Air dia best. At first aku nak ambik mixed 3 fruits. Tapi tak tau pulak nak mix buah apa dengan apa. Takut kang termuntah pulak bila minum. Hahahaha!! Then I ended up mintak tembikai laici, which is mengecewakan, because I should have asked for epal asam boi instead, but I chocked in front of the cute waiter. Ceit. :/

But tembikai laici was fine also. :)

Sepanjang masa kat kedai, kami makan makanan barat, dan nyamuk makan kami. Sigh. Itulah yang tak best kalau nak makan dalam suasana romantik gelap-gelap outdoor bagai tu. Hmm..

Done with eating, rushed over KFC. Since my mom doesn't like to have any western food, aku cuma berjaya pancing dia dengan cheezy wedges KFC. Abah? Belikan dia KFC Dinner Plate, and you are done. Simple tummy to be filled right there. :D

Sisters. Aku tak ada bakat dalam hal-hal menunjukkan kasih sayang. Di mulut kata tidak, di hati sentiasa mengiyakan segalanya. Aku tak reti menunjuk. But I hope, you guys get me. :)

Oh. Sister took a picture of me guna aplikasi Camera 360 (?). TIBA-TIBA AKU PAKAI EYELINER DENGAN EYESHADOW JERAWAT SEMUA HILANG HOI WHAT HAS HAPPENED TO ME???!

Now, cute/flawless girls on Instagram no longer impressed me.

17 August 2011

to whom it may concerns,

assalamualaikum~ :)

"happy birthday to you,
happy birthday to you,
happy birthday to YOU...,
happy birthday to you."

-your former girlfriend photographer-

31 July 2011

pengumuman besaq punya!

assalamualaikum~ :)

been busy, been eating unstoppably (nak cover sebulan punya brunch). lepas hari ni, dah tak boleh makan ketika sang suria galak memancarkan sinarnya di bumi ALLAH nan indah ini. pheuu.. seterok bebenor penggunaan bahasa aku. maafkan anakanda kerana merosakkan bahasa mu, wahai si ibunda. HAHA..

tak yah banyak citerrrrr (ayat Botak Juvana), aku naik entri ni pun sekadar untuk menjemput tetamu VIP kita yang hanya mai setahun sekali tu,
hikhikhik. jangan makan curi-curi ya adik-adik. kembung habis pipi-pipi sebab nak masukkan satu periuk punya stok makanan dalam sekali harung. no. no. no. takmau. takmau. hihi.. kepada yang suka ponteng puasa tu, bapak polisi sama bapak JAIP akan sentiasa berbesar hati untuk menjemput kalian naik van mayat. encik syaiton pulak pesan, "see you in hell!"

p/s : HAPPY BIRTHDAY to my loves, both Miss Z (30th July) and Mr. F (31st July). you know who you areeee. *I bet you do* :)

19 June 2011

You are my favorite mistake

assalamualaikum~ :)

heh. You di atas, tidak merujuk kepada mana-mana manusia di atas muka bumi ALLAH ini. tapi, ianya lebih merujuk kepada binatang, benda atau tabiat yang kita TAK PATUT SUKA, tapi kita NAK SUKA jugak! heuu... manusia ni kan degil. yang mana kita kata TAK, itulah yang depa nak YA. kan? -.-

aku ada baaaaaanyak tabiat yang boleh dimaktubkan di bawah akta 'Favorite mistake'. contohnya macam, sentap. heuuuu.. abah aku paling pantang kalau aku kuat menyentap. tapi, tu laaaaaaa yang aku suka buat. apa nak buat? darah panas warewolf remaja membuak-buak di dalam pembuluh darah. sebab tu suka buat perangai degil tak tentu hala. hoho..

kenapakah 'sentap' dimaktubkan di bawah akta 'Favorite mistake'? sebab, sentap bila abah marah tu kan berdosa. kan? tapi aku suka buat kan? haaa.. nak buat gena (macam mana) , dah jadi tabiat yang tebiat. huhu..

korang pulak macam mana? what's your favorite mistake?

p/s : SELAMAT HARI ABAH kepada SARJAN KAMAN JAYA. I love you. :)

16 June 2011

tua, tua si kuma kuma

assalamualaikum~ :)

HAHAHA.. cam comel pulak tajuk entri aku ni.

'tua, tua si kuma kuma'

ouch. kan? kan? HAHAHA.. hari ni nak buat entri bermakna sikit. heuu..

SELAMAT HARI JADIAN NOR AKHMA YAZID!

boleh klik gambar untuk perjalanan percuma selama satu jam ke blog beliau.
memperkenalkan, salah seorang daripada ahli Budak Hitam aku. heh. payah bebenor aku nak cari gambar bersama mokcik ni. we rarely had picture together because we both hate each other. HAHA.. *nak pulak aku buat entri birthday dia kalau betul gitu kan?*

so now, she's twenty-one baby! ouch. welcome to the club hotty. HAHA.. kuma, hang hot ka? heh. jangan marah haaa.. tak sempat nak jadi yang pertama untuk menghantar mesej sebab setiap malam aku 'padam' sebelum tengah malam tiba. eleh. macam kau kisah lah pulak kan? kita bukannya suami isteri pun. HAHA..

kawan, semoga kau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan di-per-apa-apa-saja-lagi lah kan. huhu.. terima kasih dari hati yang paling dalam, atas segala tunjuk ajar dan bantuan yang hang dah bagi kat aku sepanjang enam semester kita bersama. ouch. BERSAMA. *pitam*

jadi, lepas dah sedar diri tu dah tua, kena sedar jugak, bila umur meningkat, tanggungjawab juga datang bertimpa-timpa. heh. mungkin hang dah jalankan tanggungjawab yang AGAK baik sebagai seorang anak, seorang kakak, seorang adik, seorang kawan, seorang jiran, seorang tutor, seorang Islam, seorang apa-apa-saja-lagi lah kan. tapi, jangan lupa tanggungjawab hang sebagai seorang RAKYAT MALAYSIA. penting ni. umur dah dua puluh satu, apa kata sekarang ni hang bergegas pi pejabat pos dan daftar sebagai seorang pengundi?

AKU SUDAH!

diulangi,

AKU SUDAH!

HAHA.. dalam televisyen duk kata lebih kurang 3.1 juta rakyat Malaysia yang sudah boleh mengundi, tapi masih belum mendaftar. baru Selasa lepas aku pi daftar sebagai pengundi, apasal iklan tak kata sekarang dah tinggal 3 099 999 juta rakyat Malaysia saja yang masih belum mendaftar? kan? HAHAHA..

picture courtesy of here. 

maaf Kak Limah, cheq orang Perlis. tak boleh lah nak undi ampa. tapi, kuma boleh. :D

19 April 2011

hari jadi kawan

assalamualaikum~ :)

hee.. jam sekarang menandakan berlalunya lagi satu hari di tahun 2011. dan sekarang dah 19 April 2011, menandakan ada seorang lagi hamba ALLAH yang sudah menjangkau angka dua puluh satu. kepada cik Nurul Ain Mat Deris, ahli budak hitam ku, 

SELAMAT ULANGTAHUN. :)
this girl made me one big card for my birthday. handmade of course. appreciate it friend! so for her birthday this time, I actually made her one cute card too. for owning a printer, I decided to make her a printed card as she always asked for our paper-printed-picture from me. :)
HAHA.. aen, aku sengaja cari gambar kami berenam, yang tak ada hang, sebab kad ni kami nak bagi kat hang. jadi, hang tak payah la nak sibuk dalam kad ni kan? hehe.. niat asal aku nak jadikan kad ni penanda buku sebab hang kan rajin baca buku. boleh jadikan penanda. tapi, cikwan nak yang besaq-besaq. so, I made it big. lagi feel nak menghafal kan? subjek Encik Chan gitewww.. HAHA..

merah jambu semua ni, bukan sebab aku suka sangat. tapi khas untuk hang sebab kami semua tau hang sukakan merah jambu. euwww. jambu nya hang ni. tak kuasa mak, nyah! HAHA..

action kamen tu pulak, supaya hang tak lupakan kenangan kita gila sama-sama masa sukaneka hari tu. aku suka masa ni. sebab hang tak cover sangat. :P

kepada aen, terima kasih sebab jadi kawan aku. aku tau hang selalu 'ambik berat' pasai aku. walaupun aku ni tak lah berat mana, tapi hang tetap ambik berat. HAHA.. kalau mulut aku celupar ejek-ejek hang tu, memang aku sengaja. itu bukan cobaan, itu betul-betul. memang ada niat pun. jadi, sila terasa. hehe..
aen, kotak katak ni comel kan? kaler merah jambu giteww.. oleh kerana aku suka sangat kat benda yang ada katak-katak hijau ni, memang aku nak bagi kat hang lah. supaya hang pun akan suka benda yang sama dengan aku. ni kira macam paksaan lah. kalau hang tak suka, hang kena sukakan jugak katak ni. sebab katak ni comel macam aku jugak. tengok muka dia. innocent kan? :D
selamat hari jadi,
kawan.

22 March 2011

untuk abah, sempena 22 Mac

assalamualaikum~ :)

abah. abah aku seorang lelaki yang tak comel, tak tinggi, tak gebu dan tak jugak kurus. tapi beliau baik, warm, manis dan kacak di mata aku. abah garang dan aku amat takut kepada beliau. hairannya, tak ada seorang pun daripada adik-adik aku yang takutkan beliau. penakut kah aku ini? -,-

sepanjang dua puluh satu tahun hidup bersama, abah tak pernah menghampakan sebarang permintaan yang aku buat. ya, beliau tak pernah gagal. padahal, aku jarang sekali memenuhi sebarang permintaan yang beliau buat kepada aku. kadang-kadang rasa bersalah menyelubungi diri bila aku gagal membawa pulang slip peperiksaan yang mengandungi sebaris lurus A (straight A's). tapi abah tak pernah marah. bahkan beliau sering berkata, "tak pa. angah dah buat yang terbaik. setakat ni angah adalah anak abah yang terbaik." which obviuosly menambahkan lagi rasa bersalah di dalam diri ini.

jadi yang terbaik, tak semudah yang disangka. secara sedar atau tidak, abah telah meletakkan sepenuh harapan dan impian beliau kepada aku. bebanan yang diletakkan di bahu, kadang-kadang terasa terlalu berat untuk dipikul seorang. anehnya, aku tak pernah mengeluh. to be his best girl, is my priority. dalam hal ini, aku tak kan kalah dengan sesiapa. :)

kadang-kadang teringat zaman sekolah. bila abah pujuk aku sebab aku nangis-nangis tak dapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. paling tak lupa, UPSR. aku beria-ria nak pi ambik slip dengan abah, tiba-tiba kawan telefon rumah bagitau yang aku cuma dapat 4A. walhal aku yakin gila yang aku mampu dapat 5A. meraung-raung aku dalam rumah. bila abah ajak pi sekolah, terus tak mau pi sebab sedih sangat. tapi abah tetap ajak. beliau bawak aku ke tepi sungai, and that was when he said that I am his best girl although I didn't achieved my 5A's goal. abah pujuk aku yang tengah menangis tak henti tu, sampai aku mengalah dan bersetuju nak pi sekolah. lepas ambik slip, he bought me KFC. :')

aku bukanlah seorang anak yang manja. tak macam adik-adik, yang selalu main-main dan berlawak dengan abah. aku rasa kekok. tak tahu kenapa. kasih sayang aku kepada beliau, tak dapat dilihat secara zahir. sekadar ditunjukkan melalui keputusan peperiksaan yang baik tapi 'kurang' cemerlang yang mampu aku bawa pulang. itu sahaja. to see how glad he was whenever I said, "I'm a Dean List!" is all I ever wanted in my life.
abah, I know I did a lot of mistakes towards you. my stubbornness might annoys you. and my words might hurt you too. but all I want you to know is, I Love You and I always proud to be your daughter, your girl and your precious. semoga abah dipanjang umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan jalan hidup, dipanjangkan jodoh dengan mama dan diberi kebahagiaan penuh oleh ALLAH. abah sentiasa berada dalam doa angah.
SELAMAT ULANG TAHUN KE-53 ENCIK KAMAN BIN JAYA.

03 March 2011

short entry for myself

assalamualaikum~ :)

ALLAH selamatkan saya,
ALLAH selamatkan saya,
ALLAH selamatkan Nur'Aadila Kaman,
ALLAH selamatkan saya.

heee.. terima kasih kepada yang dah ucap. terharu sebab ada jugak yang ingat without me having Facebook to remind you people. HAHA.. saja nak sorokkan tarikh lahir di sana. :D

kepada yang belum ucapkan selamat, you still have more or less than three hours to do so. jadi, sila lah berbuat demikian. HAHA. panggilan percuma pun masih sempat lagi. cheq tak tau la nak tepon sapa dah. untung Maxis. haish~
I'm twenty-one!

11 February 2011

permulaan baru

assalamualaikum~ :)

hai. nama saya Adila Kaman. boleh panggil Adila, Adila atau Adila. panggilan lain tak boleh. HAHA.. this is my brand new blog with obviously my old looking template as I am lazy enough to edit any. *padahal malas nak reka yang baru dah* URL blog masih sama. pengarut juga sama. semua pun sama la senang cerita. cuma, mungkin isi penulisan saja yang akan berbeza sikit kot. sikit ja. -,-

why I deleted my previous blog, is my sacred secret. begitu juga kenapa aku tiba-tiba nak bukak balik blog ni, biarlah rahsia. jadi, tak payah la nak tanya ya. this blog is twenty-one years old version of Adila. memang la hari jadi lambat lagi. tapi, nak jugak kata gitu. huhu..

dengan lafaz Bismillah, mari kita mulakan dari kosong! header blog, in progress. lama dah pencen. kering langsung idea. :)

hari ini 11.02.2011.
style oh tarikh kelahiran blog
♥