Showing posts with label when in Perlis. Show all posts
Showing posts with label when in Perlis. Show all posts

17 October 2013

Blackwood Coffee & Chocolate

assalamualaikum~ :)

You know... My sisters and I, we have this one tradition when we 'have money', we will treat ourselves with something decent and expensive. And by 'have money', aku maksudkan, bila kami dapat durian runtuh. Contohnya, macam dapat duit raya. Tiba-tiba ada duit berkepuk dalam purse. Gittewww.. :D

And, our 'expensive food' masih berada dalam range yang waras lah tapi. Paling mahal kami pernah pi, Secret Recipe lah. We are living in Perlis dudeeeee.. What to expect? Blergh.

So, since this raya also dad gave us money (yayyyy!!), I decided to go for hi-tea with my sisters. To spend money on expensive coffee. And since I'm the oldest sister, I get to decide where I want us to spend our money. Muahahahaha!! Big sister rules! ;)

Then, Blackwood it is.
I've posted few pictures on Instagram just now, and ramai yang tanya pasal cafe ni. Even yang orang Perlis sendiri pun tak tau. Oh well.. Me too. Sebab ni pun first time sampai. Lama sangat di perantauan. Lulz.

So kepada yang tak tau, atau kepada yang nak pi, cafe ni located near C-Mart (kompleks kebanggaan orang Perlis selepas The Store, ehem). Dulu, kat lot ni, ada Husky. But then after few years, it has been replaced by this Blackwood Cafe & Restaurant.
 
There's soooo much to love about this cafe. Despite the fact that it serves you various types of coffee and chocolate beverages, I also loooooove the fact that it has a very nice interior design! Cantik woh. Macam tak percaya yang cafe macam ni wujud kat Perlis. You know... Perlis yang sesetengah orang cakap 'kampung' tuu.. Can go 'booo' them now.
Kalau lepak kat luar, you also get your own pillow to cuddle with. Hahaha.. Which I did not. Err nope. I did, for three flashing seconds, for the sake of this picture only. Haha.. :P
Night time was better. Ahhh... Kat dalam lagi cantik. But since we were chillin outside, didn't get to capture those hanging airplanes inside the cafe. So pretty! :')
I had a cup of hut hazelnut mocha. RM9.90/cup. Nyummylicious! Ni, first time aku minum coffee ada corak bunga macam ni. Precious gila.
Dia punya sayang kat bunga tu, sampai hiruppppppp pelan-pelan kopi tu. Takut bunga hilang. Tsk. Noob. T_______T
Besides coffee and chocolate drinks, cafe ni jugak ada sediakan western food. Segala mak nenek piza, pasta, sandwich lah ada. Dessert line dia jugak adalah menarik baq hang. Crepe itu, crepe ini. Fiuhhh..
Since aku demam, dan selera makan pun sejemput cuma, I ended up with this scramble egg and ham sandwich, RM9.50. Dapdap. Roti dia, WIN. :)
Sister had seafood pasta, RM12.50. Sedap. Dan ada macam-macam gila benda alah dalam tu. Udang lah, ikan lah, clam lah, sotong lah. Hewwww..
The other sister, she had pepperoni pizza, RM14.50. Yang ni...., HIGHLY RECOMMENDED! Memand sedap! Brrrrr...
As for dessert, I had this chocolate banana cake, RM7.50. Pehhh.. Sedap! Pisang dia manis. Anak monyet macam aku, dapat pisang manis, memang pehhhhh... Kakaka..
Then, sisters had almond stick, RM6.00 and a piece of black forest cake, RM7.50, which I didn't take any photo of, because by the time those stuffs arrived, I was too busy munching. :D

Oh ya. Cafe ini tidak kenakan sebarang cukai perkhidmatan mahupun cukai kerajaan. That's a lot to YAY at. ;)

The best thing about this cafe is that, THEY ALLOW YOU TO STICK YOUR VERY OWN I-WAS-HERE NOTE ON THE WALL!!

Ahah! Say no to 'conteng meja' and hello to sticky notes! :)

Dinding kedai penuhhhh dengan sticky notes. Colourful. But you see... I didn't get the chance to leave any as my sister was too lazy to return to the counter for the sticky notes and pen after she has settled the bill. Geeee.. Later I must return for that. :/

PALING MENARIK.....
Tungggg ahhhhh.... GD pernah mai sini.. TUNG AHHHHHH.....

Lulz.

19 September 2013

All You Can Eat

assalamualaikum~ :)

Just so you know.....

Le parents treated me to theseeeeeee.....the night before I'm going back to Shah Alam.

How could they??! :(

My one and only favorite spot, Embun Dingin, the opposite of ILP.

I don't know about any other place, but back in Perlis, we have all-you-can-eat steamboat and barbeque for RM10/head the whole pekan. Exclude drinks by the way.

Choices might be limited. Just some beefs, chickens, vegies, mee/kueyteow/macaroni, nasi goreng, nasi lemak, crab sticks, balls and whatnot. No free ice creams. No laicikang. No shrimps. No crabs. But what the heck? I'm just going to grill and stuff beefs in me tummy anyway! Hahahaha!! ;)

My very one simple rule when I'm going for an all-you-can-eat buffet. I'll just pick the one I favor the most, and dig in! :D

Heck, I'm hungry now. :/

05 September 2013

Hari-Hari Terakhir

assalamualaikum~ :)

You see.. Aku dengan Raza dan Huda dah jadi regular kat Denai Larian Pengkalan Asam tu after raya. We rarely missed any day, except for Sunday, because Sunday is our lazy day. Hihihi.. But since I have no transport (because Athirah always drop me there after work and now she's in UniMAP furthering her degree), we have stopped our session this week.


And our RE was like,

"Kenapa? Dah putus asa? HAHAHAHAHAHA!! *gelak jahat*"


Heh.


And, he bragged about going to gym after this and all. And we were like,

"Baik pi jogging ka... FREE. Baik pi panjat bukit ka, FREE."


Then, dia ajak kami naik bukit. Okay fine. No big deal. We've suffered before. Hahahah!! JOM.


So today, off we went there. Nasib lah si Zam ada. Pinjam motor dia sekerat jalan. Kalau tak, memang lah aku kena membonceng dengan si RE tu. Hewwwwww.. Tak mau aih. Malu. Kihkihkih.. :P


And..... Lepas warmed up, off we hiked.


I swear this was ZE BEST memory evahhhhhhhh!!! 


Kalau lah boleh tengok cemana muka si RE tu masa 15 minit pertama pendakian! Pucat siak!! Hhaahhahaha!! We can't stop laughing. Tunggu dia ambik nyawa, puuuuuuunyalah lama! Hahahahaha!! Our first hike dulu took us for about 40 minutes (mengah + camwhore gegedik). Tapi tadi..... 1 jam 10 minit. Zzzzzzz....


Memang kami kucai dia bagai nak rak la hoi! Itu laaaa... Memandang rendah sangat kat bukit tu. Hahahaha.. Bukit tu tak tinggi pun, Yang buat penat tu, sebab tangga dia bapak curam nak mam! :/


But yeah, we survived. :D


Malamnya, orang nak keluar makan, girls' night out, dia pun seeeeeeeebok nak ikut! Tu lah. Forever alone. And we allowed him to. Kali ni, ajak Zam join. So, tak dak lah nampak macam RE tu jejaka hangat dikelilingi 3 gadis setiap masa. Ceit.


Ye, dia belanja kami makan kat Kuala Perlis. Siakap tiga rasa, sotong goreng tepung, tomyam campur, kailan ikan masin. Wiwiwiwiwi.... Hari-hari terkahir kononnya. Kemain sweet pulak RE kami tu. Selalunya mulut kemain jahat lagi. Hahahaha!!


Dan....


Memandangkan aku tak berkenderaan, makanya....


Perginya, dijemput RE naik Saga putih.


Pulangnya, dihantar Zam naik Waja silver.


Harap-harap orang kampung tak nampak. Anak Sarjan Kaman bukan playgirl tukar-tukar boyfriend dalam satu malam. Sekian.

-__________-"

01 September 2013

Piknik di Sungai Jernih

assalamualaikum~ :)

Selamat datang! Sungai paling bestttttttt untuk mandi manda di Perlis. Because Gua Kelam and  Bukit Air are too mainstream already. And everybody goes there. No privacy. Hewww...
The ultimate Bukit Jernih. Should have seen this somewhere in Passport Ekpress.
Went here with both my colleagues; Raza (a.k.a Kaloi) and Huda (a.k.a Kering).

See what I saw? Doesn't it look like a monster to you? And it is one SCARY monster I saw there! :/
Nahh, kasi zoom-in punya sikit. See?

Hewwwww... I've been here soooo many times already. Tapi, kawan aku yang berdua tu, dah laaaaaama tak mai sini. Sebab dulu, sungai ni tak terjaga. Aku pun, baru tahun lepas duk mai sini balik. Itupun sebab abah kata, sungai dah cantik. He knew, because he has a piece of land there. Betul-betul depan pintu gua. Epik. :D

Well....

Selamat datang, ke syurga badak air. Kihkihkih..

Pretty, no? Itu, baru pakai kamera iPad Mini ja. Belummmmmmm lagi pakai DSLR ribu-ribu lagi. Hihihi.. Benda cantik tak payah guna kamera mahal pun, akan cantik kan? :)
I brought sandwiches. Harus bawa sesuatu yang tak perlu dimasak, because I can't cook very well. :P

Essential stuffs for picnic.

My verrrry first! Hahahaha!! Almost import Zam (another colleague of ours) untuk tolong buatkan bara api kat kami. Lulz.

Huda buat ayam. Sedap woih! Sos dia pun sedap gila! Rawrrrr...

Kami berendam macam badak hampir dua jam. Airnya separas leher. Syiok hoi. Minus the fact that the three of us can't swim lah tapi. Hewhew.. Sikit.... lagi nak suruh budak-budak kecik kat situ ajar kami berenang. Hahahahah!! Loser.
The only thing left behind.

30 August 2013

Sisters' Birthdays on Salary Day

assalamualaikum~ :)

You see.. I've been working all my life for the past seven weeks. And had received my allowances twice. And those twice, MUST fall on my brother's and sisters' birthdays. I wonder why. 

-__________-"

My first allowance, was spent on my brother's birthday on last July. Five pieces of KFC, because he's one gator liddat. Gahh..

And for my second allowance, yes, both my sisters HAVE TO be born in three days time. But they both are not Merdeka babies since sorang diberanakkan sehari SEBELUM Merdeka, dan sorang lagi diberanakkan sehari SELEPAS Merdeka. Hahahaha.. Kesian mama. Tak merasa dapat anak Merdeka. Lulz. :D

Since I've been one cheapskate sister throughout my life, because I'm poor, guess I should treat my little siblings something for their birthdays. Lagipun, aku tak rasa depa bertiga ni jenis manusia yang nak simpan hadiah/cenderamata elok-elok. Heh.

Adik lelaki, dah dapat KFC dia. So yang perempuan, I gave them choices.

"Malam ni aku nak belanja makan. Ampa pilih, nak makan kat Chortiezzz ka, Pizza Hut ka, atau steamboat. No Secret Recipe. Tak mampu."

Hahahahaha!!

Chortiezzz tu, aku dah lama usya. Betul-betul depan HQ, tempat aku kerja masa bulan puasa hari tu. Akhirnya, merasa jugak makan kat situ, sebab both sisters pilih untuk makan western food. Muehehehe..

Chortiezzz is one fine restaurant. Jual makanan barat. And environment dia pun, best. Lagipun kawan aku kata, situ chef hotel yang masak. Aloq Staq mari.

Aku, forever steak. And both my sisters had chicken. Sorang chicken chop, sorang lagi... Errr.. Grilled kot, kalau tak silap. Hihihi..

Gravy dia, terrrrrrrrrbaik!! Sedap! Tapi kalau ikut portion, quite small. Sebab selama ni, aku selalu makan di Mai Cafe near my house, kalau mintak steak, feh. Sampai penat kunyah. Hewww.. But still, the steak was good. Even my sister's chicken chop pun sedap.

Air dia best. At first aku nak ambik mixed 3 fruits. Tapi tak tau pulak nak mix buah apa dengan apa. Takut kang termuntah pulak bila minum. Hahahaha!! Then I ended up mintak tembikai laici, which is mengecewakan, because I should have asked for epal asam boi instead, but I chocked in front of the cute waiter. Ceit. :/

But tembikai laici was fine also. :)

Sepanjang masa kat kedai, kami makan makanan barat, dan nyamuk makan kami. Sigh. Itulah yang tak best kalau nak makan dalam suasana romantik gelap-gelap outdoor bagai tu. Hmm..

Done with eating, rushed over KFC. Since my mom doesn't like to have any western food, aku cuma berjaya pancing dia dengan cheezy wedges KFC. Abah? Belikan dia KFC Dinner Plate, and you are done. Simple tummy to be filled right there. :D

Sisters. Aku tak ada bakat dalam hal-hal menunjukkan kasih sayang. Di mulut kata tidak, di hati sentiasa mengiyakan segalanya. Aku tak reti menunjuk. But I hope, you guys get me. :)

Oh. Sister took a picture of me guna aplikasi Camera 360 (?). TIBA-TIBA AKU PAKAI EYELINER DENGAN EYESHADOW JERAWAT SEMUA HILANG HOI WHAT HAS HAPPENED TO ME???!

Now, cute/flawless girls on Instagram no longer impressed me.

26 August 2013

Went For A Hike

assalamualaikum~ :)

Since we have been active (?) for the past couple of weeks, so, last week, we went for a hike. Mini hiking. Bukit rendah ja. Plus minus, 40 minit pendakian naik dan turun, campur mengah dan fotogedik sepuluh minit sepanjang pendakian. Hahahaha!!

Bukit ni, banyak kenangan. Zaman cinta monyet dedulu, rajin lah mai sini panjat memanjat. Memang monyet pun. Hihihi.. Aku panggil tempat ni as Gua Sami. Maybe sebab dia ada gua kat bawah tu. Tapi, nama rasmi dia, Gua Cenderawasih. Haaa.. Kalau tengok cerita Jangan Pandang Belakang Congkak tu, banyak lah scenes yang buat kat sini. :)


Dua tahun lepas, dah pernah bawak dua kawan baik aku naik. Hahahaha!! Menyesal terussss.. Langsung tak mau naik dah! Tu lah, pandang rendah sangat kat bukit ni. Hihihi.. Tahun ni, aku bawak lagi dua kawan mai. :)

So, here we are. The three of us. Geng beriadah selepas waktu pejabat. Semangat mengalahkan apa ja lagi. Padahal, baru seminggu jogging masa ni. Dahhhhh mencabar stamina sendiri dengan bukit. :D

Mendaki kat sini, selamat. Kalau tak gayat lah. Heee.. Tangga disediakan. So, tak payah lah bawak tali sendiri ka, apa ka. Tunggu nak naik ja. Cuma.... Hmm.. Tangga dia. Pergh. Memang curam tak hengat! :/

Nampak? Masa ni, memang kekuatan kaki, amatlah penting. Betis, lutut, seeeeeemua jem!

Masa naik, masing-masing duk mintak nyawa. Hahahaha!! Mana taknya.. Masing-masing dah berapa tahun tak beriadah. Baru seminggu berjinak-jinak dengan jog, terus naik bukit. Tu mencari masalah namanya. Lulz..

Ni, masa kat puncak. Tapi tak boleh nak lepak lelama, sebab ada sekumpulan budak lelaki melepak. Dulu... Masa sampai kat atas ni, mesti sejuk. Berkabus. Lepas tu, telinga pun macam berdengung, sebab tekanan dah lain. Tapi masa kami naik hari tu, dah tak sesejuk dulu. Kabus pun tak ada. Pendengaran pun tak terganggu. Sad. Everything has changed. -,-'

Ni muka masa kat puncak. Berminyak. Boleh buat goreng lokchin baq hang. Kakaka.. Lepas tu, masam. Peluh site, tambah peluh panjat bukit. Brrrr...

But seriously, our mintak-nyawa-all-the-way effort pays off. Breathtaking views all the way up and down the hill. Siapa kata Perlis tak best? Lu gila ka?




Haaa.. Amacam? McD pun tak boleh lawan semua ni, okay? Ni, belum lagi aku guna DSLR, Photoshop jadah tu. Haaaa... ;)

Kampung pun, kampung lahhhhh....

20 August 2013

Rare

assalamualaikum~ :)

Kalau biasa datang Perlis, kau akan tau, makanan kat sini murah. Like, MURAH murah. Mungkin tak banyak variasi, but still, you can eat something yang verrrrrry nice at verrrrrry low price! Itu, pasti.

Contohnya macam kawan aku sorang tu. She's from Perak, and been studying in UiTM Arau for three years. And for those three years, she has been having ten pieces of keropok lekor for RM1. Very cheap, no? Then, we moved to Shah Alam. And that's when all the drama began. Hahahah!!

Paling tak boleh lupa bila dia cerita pasal pengalaman dia beli keropok lekor di Shah Alam. Without having any idea, she went to that makcik and said,

"Makcik, bagi saya keropok lekor seringgit, sos asing.."

Then, makcik tu went blank. Mungkin dalam hati dia terdetik

"Apeke peliknya budak ni? Kalau kedekut pun, beragak lah nak sos asing."

Hahahah!! My friend didn't know that keropok lekor in Shah Alam, with seringgit, you can only get three pieces of keropok lekor. Tak macam kat Arau. Boleh dapat sepuluh. Then, SOS ASING wouldn't sound so weird for ten. Hahahah!!

But then, as time passes... Orang Perlis pun dah ramai jadi hipster. Nak makan keropok lekor with cheese, mayo and all (wtf?).

And, that's when aku TERbeli keropoklekorpejadahtahmahalnakmatitapitaksedappun. RM3 untuk TUJUH keping keropok lekor sebesar paw anak kucing with cheese top.

One word,

BULLSHIT.


Aku nak keropok lekor yang dimakan bersama sos lah natang! :/

30 July 2013

Kemestian bila di kampung halaman

assalamualaikum~ :)

Kemestiannya? Haruslah makan lokchin secara berjemaah dan bersantai di tepi laut. Could never ask for more. Setiap kali jejak Perlis, makan lokchin dah kira jatuh hukum HARUS. Belum sampai hukum wajib lah tapi. Tapi..... WAJIB makan jugak lah cerita dia sekarang ni. Heeeee... ;)
Jadi seperti biasa, memandangkan makan lokchin, hukumnya adalah HARUS, makanya HARUS lah aku pi makan demi perut aku. Kat Shah Alam tak ada hoi! Kalau ada pun, yang ciplak-tak-sedap-langsung-tapi-mahal-tak-hengat!! :/

Haaa? Apa tu lokchin? Go Google la beb. Dah online tu kan? Apa kena lah kau ni. Satu lagi nikmat dunia kau dah terlepas sebab ignorant sangat. Rugi. Rugi. 

26 February 2013

Menghadapi Jalan Nan Sempit

assalamualaikum~ :)

Aku dah agak lama jadi pemandu kereta. Lesen pun dah hampir matang masa aku mula pegang stereng kembali lepas tamat ujian memandu. It was 3++ years ago when I first started driving.

Dan sekarang, dah hampir cekap dah pun. Kecuali bahagian side parking. Yang tu, lemah sikit. Tapi boleh blah la kalau diberikan masa yang berjam untuk masuk dengan kemas. Haha!

Kat Perlis ni, tak la sesusah mana bagi pemandu amatur macam aku dulu. Jalan tak sesesak di bandar besar macam Kuala Lumpur atau Pulau Pinang tu. Carefree. Susah la nak congested, kecuali kalau waktu balik dari pejabat, dekat bulatan emas tengah-tengah Kangar tu. Haaaaa... Itu memang sesak! (0.0")

Tapi, dalam senang-senang tu, ada jugak susahnya. Iaitu bila kena pandu di jalan macam yang bawah ni.
Jalan macam ni, selalunya kalau nak masuk ke kampung. Nasib baik lah kampung yang aku tinggal ni, betul-betul depan jalan raya. Makanya, aku memang tak payah nak bersusah payah la lalu jalan macam ni. Sempit. Kalau malam-malam, gelap. Kalau ada kereta lain yang datang dari arah yang bertentangan, makanya lu mati! Hoho..

Tapi, setakat ni aku lulus la kalau nak kena lalu. Sebab rumah tok sebelah mama, kena lalu jalan macam ni. Cuma, tak la sepanjang jalan macam dalam gambar ni. 

Ni jalan nak ke rumah si kawan. Kesian dia. Tak berani nak keluar sendiri dengan kereta. Makanya kalau dia nak ke mana-mana waktu ayah dia tak ada, aku jugak lah yang nak kena pi jemput. Hahaha..

Nak lalu jalan macam ni, senang ja cara dia. 

1. Pastikan cekap dan mahir mengawal stereng.
2. Buangkan ketakutan. Anggap ja jalan ni macam jalan yang biasa.
3. Pastikan tak ada kereta di penghujung jalan sebelah sana sebelum kau masuk. Sebab jalan macam ni, selalunya muat-muat sebiji kereta.
4. Bawak laju-laju. Insya'Allah selamat sampai.
5. Jangan lupa main tangkap-tangkap gambar semasa memandu! Haha.. ;)