Showing posts with label hols. Show all posts
Showing posts with label hols. Show all posts

30 November 2015

25th - 26th November 2015: Penang Escapade

assalamualaikum~ :)

So... The four of us went for a short vacation last week. Just the four of us, siblings. It was a parents-free day!

YAY-ness!

Actually, I'd love to write something. But ya know, it's 3 in the morning. And I'm doing this pun, tiba-tiba sangat. Since I'm transferring photos from phones to laptop. Guess I might just post a little.

Our trip was basically an all-you-can-eat trip. Kami cuma makan, makan, makan dan makan. Sightseeing tak setara mana, makan ja lebih.

Haha.

Eh, malaslah nak taip. Nak upload tiga gambar. Lepas tu nak tidur. Nak adakan bukti je ni.

Kbai.

:P



05 October 2015

28th - 30th September 2015: Perhentian Kecil

assalamualaikum~ :)

Urmmm.. So, Nabila the coconut tree requested a full report on my Perhentian trip, last week. But I'm not in a really good mood to write anything since I'm in my vacation mode now (dah habis belajar y'alls!), I'll just brief you setakat mana yang mampu. Ringkas tapi padat gittewww. Hiks.

Sebelum aku cakap banyak, let's just leave these pictures to do the talking, on how Perhentian looks like. Prettttty, breathtaking, so blueeeeee, Subhanallah tak tau nak kabor cemana dah lah. Tengok sendiri lah! Haaa..


Okay?

Puas?

Need no words kan?

I only speak the truth tau.

Tudia bukti, pergi belek semula kalau kurang percaya.

Lulz.

So, basically this trip was planned antara weols punya geng Hipster ja. Please don't ask me why nama group tu 'Hipster'. Haha! Kebetulan kenduri Spark masa cuti Raya Haji di Terengganu, so weols semua pun macam rancang lah one last trip ke pulau sebelum masing-masing berangkat ke kehidupan lain. Me and Izzat have basically finished with our master, while the others memang tunggu nak habiskan writing. So why not?

 And last week, off we went to Perhentian Kecil. Bertujuh. Bulat, Izzat, Keli, Meyna, Una, Leyah and me. Spark couldn't tag along, since dia busy honeymoon entah kat mana entah. Haha.

Initially, we took this one package yang Bulat jumpa di Facebook. RM280/head for 3D/2N punya trip. Include hotel, tambang bot pergi/balik, makan, BBQ, and five snorkeling points. But something happened, and we were super upset with the agent, so we cancelled it.

We didn't know that we'll be staying in the Fishermen Village, which will require us to take a water taxi to go to the beach, just to play with water. We have been asking for tentative and black and white since foreverrrrr, and they failed to provide us any. Malam sebelum kami bertolak, baru kami tau yang kami kena stay jauh dari pantai (Long Beach).

I was like, da heckk? Tak kan nak kena bayar water taxi setiap kali kita nak pi main kat pantai kot? Like, seriously?

NO WAY.

After few scenes of menuntut wang and all, we cancelled it and decided to just go and redah sendiri. Gamble. Lagipun, masa tu weekdays. Don't think it'll be that hard sangat. *husnudzon*

Dengan ketegasan dan kegarangan bebudak ni, makanya kami pun dapat semula wang deposit kami. Hahahaha!! You do not mess with the Hipster okay! *flips tudung*

Sebelum naik bot di Jeti Kuala Besut.

Berapa jarak dari mana ke mana, sorry I cannot provide you. Since the day before, we slept in Kota Bharu, Kelantan. 

Return ticket, RM70. Setengah jam perjalanan.

Simpan je la tiket tu, sebab nanti balik orang tu akan minta semula. Tapi kat jeti tu nanti, have to pay another RM2. Untuk mende entah. Tak ingat. Entrance ke pulau tu kot.

Haaa masa uols busy bekerja tu, weols tengah layan naik bot.

Lepas setengah jam naik bot, you'll be transferred into a smaller boat a.k.a water taxi. Since larger boat tak boleh reach the beach. Dekat je, tak sampai dua minit pun. This one, requires you to pay another RM2/head. For the water taxi.

Jalan-jalan cari chalet/hotel.

Told ya, yang kami ni gamble je kan cari hotel/chalet apa semua sendiri? So the moment jejak pantai, we split into three. Dua jaga beg, dua cari hotel/chalet ke kiri, lagi tiga cari hotel/chalet ke kanan. Since we are all students, miskin lagi kedana, obviously we were looking for a budget hotel/chalet. Kat sini, for boys, it's easier lah. Since they have dormitory. Cheaper lah kot. But came to think about it again, the one we stayed in lagi berbaloi. RM60/chalet yang boleh masuk sampai tiga orang. Gila tak murah?! 

Siap ada 'mini zoo'. Biawak bermain-main di hadapan bilik. Katak pisang is our permanent roommate. Hahahaha!! Gila sedih. Rasa miskin gila. Tapi best woi! Bila lagi nak dapat rasa camtu kan? Abah kata, kalau nak bercuti, belajar dari cara mat saleh-- don't waste money on things we don't need.

Gitteww...

Budok bijok ni bawak beg gini gi pata, mapuh mereput nok heret ke chalet.

We stayed in Cempaka Chalet throughout our trip. Kat sini, mostly hotel/chalet tak ada electricity during the day. Because obviously we won't be around pun masa siang. Unless kau sejenis loser, dah sampai pulau pun masih mahu bergulung di dalam bilik, I don't know lah tu. Huhu.. 

They'll turn it on from 7 p.m. till 7 a.m., the next morning. Kira okay la tu. Masa tu dah cerah. Kat Cempaka Chalet ni best, sebab abang-abang beach boys tu semua ramah. And kebetulan, they provide diving/snorkeling trips jugak. So weols tak payah la bersusah-payah sangat nak pi cari. Senang, setelkan dengan owner dia ja.

Snorkeling trip, RM50/head for five points. We went to see corals, fishes, sharks, sea cucumbers and turtles! Oh, ada jellyfish jugak! Siap head bang dengan Izzat. Haha! Kesian Izzat.

KK point, shark point, Fishermen Village, turtle point and windmill. Sepatutnya pergi Coral Bay, tapi ada seorang ahli yang keuzuran, kesian dia tak boleh snorkel, so we went for stairs climbing untuk tengok windmills atas bukit! 

"Weyy kau tak boleh turun, nanti jerung datang!"

Haahahahahah!! Gold!

:')

Aku jumpa semua benda, kecuali sharks! Izzat dengan Bulat je kot yang nampak! Aku tak nampak pun. Ish. Tapi aku nampak penyu k! Gila eksaited kejar penyu dalam laut, sampai dua hari sakit betis. Gila laju penyu tu berenang. Stress mak!

Sebelum jadi ikan masin.

Belakang ni bukan chalet saya, sekian.

Sekumpulan penyu terapung.

Kids are ready to go for snorkeling!


Stairs climbing for windmills.




Lepas jadi ikan masin.




Last checkpoint, energy depleted. Negative terus.

Basically masa first day, habis dengan mencari hotel/chalet, berehat dan main air sekejap. Oh, weols naik kayak jugak. Air laut di Long Beach dan di windmills tu, jernih gila okay! Like, jernih gila I can't even! Burrrr...

Second day, habis dengan snorkeling je. From 10.30 a.m. sampai 5.00 p.m.. Pastu sambung main kat pantai. Siap mintak pinjam life jacket and goggle dari abang tu. Haaa.. Since weols memang stay situ, ambil pakej snorkeling situ, breakfast pun situ, senang gila lah nak bodek. Tak gitu? Ahaks.

Sorry tak dapat nak susun gambar ikut kronologi. And sorry jugak kalau gambar macam banyak aku dengan dua manusia tu ja. Sebab memang aku banyak bergambar dengan dua makhluk tu ja. Lulz.



Keesokannya, kami check out awal. Sebab nak jenjalan di Kuala Terengganu pulak. Later lah I story mory in detail on our whole trip. Ni post semata-mata untuk Perhentian trip ja.

I'll share with you some tips yang weols dapat sepanjang kat sana. Hope it helps! Diingatkan sekali lagi, inilah adalah trip pelajar miskin hina tanpa wang tau! Lebih kurang macam destinasi bajet lah! But trust me, semua yang jadi sepanjang trip are precious memories. Walaupun it involves biawak dan katak pisang, I still had fun with you people. It's not about how perfect our trip is, but more to how we get to spend our time together.

I love you crazy hipsters.

:')



TIPS ON PERHENTIAN KECIL
  • Dinasihatkan untuk ambil pakej, sebab mostly katanya hotel/chalet kat sini tak boleh nak book. Nak walk in, boleh. Tapi kalau datang during weekdays macam weols lah. Itupun, almost habis bilik. Tapi, seriously speaking, walk in and gamble macam weols, dapat jimat duit banyak gila.
    • Kos per head
      • Chalet - RM60 (for two nights)
      • Snorkeling - RM50
      • Return ticket for boat - RM70 (you can actually get for RM50, tapi weols tuntut deposit dari ejen gila itu, so had to take theirs)
      • Water taxi - RM4 (RM2 + RM2 untuk pergi dan balik)
      • Entrance fee (?) - RM2
      • Kayak - < RM20 (tak perasan, hari tu Keli bayarkan)
      • Makan - RMxx (depends on you lah)
  • Kalau tak nak serabut, pastikan anda menginap di Long Beach. Dia macam Pantai Chenang lah, hotel/chalet sepanjang pantai. Senang nak main water sports. Pantai pun dekat. Selalunya kalau pakej less than RM300, dia akan tempatkan uols di Fishermen Village. Which, kena naik water taxi kalau nak ke Long Beach. Bear in mind, tiket water taxi tak termasuk dalam pakej.
  • Bab electricity, macam yang aku bagitau, most tempat memang ada untuk malam je. So, boleh lah charge semua devices malam tu. Macam kat Cempaka Chalet ni, memang dia dah sediakan extension. So tak payah gigih nak berebut.
  • Makanan di Long Beach is super expensive. Might as well kena double than the normal price. So, bawak air sendiri bebanyak kalau rasa tak nak duit habis kat air/makanan ringan je. And kalau rasa cerewet bab air kosong, bawaklah sendiri. Kat sini, dia jual Sea Master ja. Euw.
  • Kalau nak murah, tinggal di Fishermen Village. Sebab basically, tempat ni is penempatan manusia. So harga makanan is not that expensive, though they are not that cheap either. But then again, nak diingatkan, kehidupan di Fishermen Village adalah sedikit sukar kalau kau nak main air.
  • Bab makan, weols selalu sarapan di Cempaka Chalet. Nanti akan ada orang jual nasi bungkus. Murah. RM4/bungkus. Lauk daging/ayam. So kalau nak jimat, boleh sarapan nasi bungkus. Kalau nak jimat lagi, beli sebungkus lebih untuk makan tengah hari/malam.
  • Dua malam kat sini, kami dinner di Panorama. Murah! Tak sampai RM20/night for a generous amount of food. Serius. Ayam dia besar muka kau. Kalau rasa diri tu tak kaya sangat, jangan nak berangan makan di kedai yang atas pasir tu. Mahal gila, okay. Go find Panorama. Murah dan sedap. Recommended. 
  • Kehidupan di Long Beach ni, sepanjang hari. Setiap malam ada fire show. So kalau nak jenjalan kat pantai sampai midnight pun, no worries. Ramai manusia.
  • If possible, please please please bawak kamera yang boleh masuk dalam air weh! Air laut dia serius jernih weh. Biru weh. Please weh. I don't know to explain this weh. 
  • Kalau tak nak menyesal di kemudian hari, tempeklah sunscreen sebanyak yang mungkin. I mean, seriously dude. Aku hangit. Ini bukan tan dah ni. Hangit. 
  • Oh. Kat sini, line Maxis macam siput tercekik. Kadang tu, sampai tak ada line langsung. Siap kena roaming lagi tau uols. Depa la habaq. Cheq mana tau, cheq pakai Celcom. Elokkkk ja cheq duk hapdet Instagram tu. Kakaka..
  • Last nak kabor, tempat ni TAK SESUAI LANGSUNG kalau nak pi dengan family. Serius. Tak rasa macam kat Malaysia pun, if you know what I mean. Weols yang tak lah malaikat mana ni pun, terasa macam malaikat bila kat sana. Lulz.

Haa.. Setakat ni, yang tu je lah yang aku ingat. Sebarang pertanyaan, boleh tanya. Kot-kot aku terlepas pandang ke apa ke. Nanti kalau teringat apa-apa lagi, aku update okay?

Toodles~

25 June 2015

3rd June 2015: Trans Studio Bandung

assalamualaikum~ :)

You know what? I actually went to Bandung last couple of weeks. It was a six days and five nights trip with my buddies. Super fun. I gotta say no more.

Huhu.

Everything was fine and fun, yadayadayada.. Might even take weeks for me to explain on that. Obviously lah kan, the trip SHOULD be fun lah, since we went there with our favorite bunch! Who hates trip liddat?

;)

But I gotta blog what I gotta blog. The best part of the trip. The part where it does not involve the taking-notes-out-from-your-purse-to-have-fun kinda action.

TRANS STUDIO BANDUNG.

Yessss gaisssss, we went to their theme park for their infamous roller coaster gaisss!! Look what I have behind me!
No. I wasn't trying to show Kimkim there. And yes, no, I wasn't trying to pick his nose either. I was actually referring to the roller coaster behind, which clearly, you can't get the picture, because Sobsob is 'too good' in taking pictures as per requested. Maybe my legs are more important than the roller coaster itself.

:')

Yesss baby! This one! I take good photos, no?

Ahaks.

Check this out!


This was the main reason for us to go to Bandung. For its roller coaster. Haha. All those rides provided in the theme park were super fun, but this one I tell you.... Masa awal-awal nak naik je rasa gegar iman. After one ride, we actually crave for more! Hahaha!! It was goooooooood, the ride was so short, it only takes around 40 seconds per ride. Tak sempat nak takut, tau-tau je dah sampai. The only reason I was screaming, sebab semua orang nak jerit. Serius man, bila orang jerit, kau kena jerit jugak. Like kena, KENA. Trust me. It'll be epic fun to scream together! Haha!

Weols naik six times! Both siang and malam punya ride. The last three rides tu, sederet. Orang yang jaga tu, tak nak bagi weols turun, since weols pi naik masa tempat tu dah nak tutup. So, as closure, depa hentam bagi kami layan tiga round terus. Pity Sobsob, yang dah nyawa-nyawa ikan masa nak naik tu. Mabuk. Tak sangka weols tak dibenarkan turun. Kena kunci kat seat, dipaksa layan tiga round sekaligus. Haha. Mak okay je noks. Mak henjoy semua rides!
Sobsob acah enjoy, sebab masa ni dia tak tau lagi nasib dia. Lulz.

Most of the rides, kalau yang jenis gayat tu, terseksa jugak lah jiwa raga deyols. Yang paling kental layan semua ride gayat tu, me (obviously), Bulat, Aenn, Kimkim and Sobsob. We ride semua benda. Termasuk ride yang ala-ala solero shot tu, yang paling Bulat and Kimkim takut tu. Itupun naik empat kali. Tiga yang last tu, sederet gak. Kes akak yang jaga tu, refuse to let us go. Sebab dah final ride. Meraung jantan-jantan tu semua. Hahahaha!! Too cute la these boys. 

:')

This was my favorite ride, among all the rides. Roller coaster pun kalah. Hahahaha!! Sebab benda ni, dia hayun-hayun hang sambil berpusing. Tak pening pun. Cuma berangin. Masa ni, tak ada sapa nak layan aku nak naik untuk kali kedua. Kimkim je nak layan. Walaupun dia ajak naik benda lain, tapi aku refuse sebab benda tu pening. Then I requested this. Haha. So finally, only the two of us went up. With other one couple. Lima minit gak ah, tunggu benda alah ni nak gerak. Kes tak ada orang nak naik. Sheeeshhh..

-___-"

I enjoyed all the rides. Gambar tak ada, since my phone was with the 'Dunia Anak' punya geng. Keli, Meyna, Spark and Kak Miza were having fun riding spinning teacup, carousel and whatnot, so I left my phone with them. Sebab ride depa semuanya selamat. Of course lah selamat, baby pun selamat kalau naik benda-benda yang depa naik tu. Lols.

The only thing I hate about theme park-- rumah hantu.

Man, I hate ghost house! Pffttt..

Nasiblah rumah hantu deme pakai kereta api. Tak payah jalan. I went in with Kimkim, Sobsob and Meyna. Since cuma boleh empat orang per car. Me and Meyna were literally closing our eyes throughout the ride. The moment kereta tu jalan, aku dengan Meyna terus tidur. Aku siap tarik tali beg Kimkim, sambil pejam mata. Asal deme jerit, lagi kuat teman rentap tali beg deme. I chickened out dudeeee.. Oh, how I hate ghost house dari dulu!

Then I realised, height doesn't scare me. But ghost does. Not literally the ghost la. More like, the element of suspense gittewww..

Maybe I'm a psycho. Naik ride yang macam gila, gelak-gelak. Masuk rumah hantu yang semua orang claimed 'tak takut langsung' tu, takut. Scream park kat Sunway Lagoon tu pun, aku mengelat hari tu. Ehh tengok Insidious dan Posession di panggung, lepas pula.

#sisbermasalah

<(^,<^")

03 September 2014

Ke Mana Ke Kita: Broga Hills & Sungai Tekala Trips

assalamualaikum~ :)

You see... Looking back at my entries, my last post, anybody should already have an idea on how I've lost interest in blogging. Too lazy to even type a short entry. But then, this story is worth the effort. Too memorable to not be shared.

:)

Our first trip together as a team; 'Ke Mana Ke Kita'!

Hahaha! I named the team liddat, since we've decided to go on moreeeee outdoor trips together soon. Sebelum masing-masing melangkah ke alam pekerjaan. We chose outdoor activities because we loveeeeeeee nature! Kah! 

Nope. Not really. Just because...., we are cheap liddat. Students are miskin, you know?

:P

Our first trip would be Broga Hills lah of course. Dah tiga tahun duk Shah Alam, tak tersampai-sampai lagi ke Broga. Padahal bukannya jauh, bukannya tak ada kenderaan. Cuma, geng tu belum ada. Akhirnyaaaaa sampai jugak uolls!

23rd August 2014.

Benda ni pun, plan at the very last minute sangat! Tau-tau ja, dah berjaya kumpulkan lima orang untuk berekspidisi bersama. Spark and Bulat (classmates since degree), Jiyah (classmate master) and Mira (kawan dari fakulti lain, baru buat kawan masa trip tu). Kah! No worry, we people are muka tak malu liddat. Sat ja nak buat kawan. LOL!

So, Broga off we went at 4 o'clock in the morning. But first, had to fetch that Spark, the tuition teacher at KL Sentral. He stayed there, as gelandangan, since tuition class ended late, tak boleh balik Shah Alam. 

Pun boleh~

(-.-")

Reached Broga around 5.30 a.m., decided to have our morning prayer dulu sebelum mendaki. Sebab tak nak kalut-kalut, tak nak pepoyo pi sembahyang atas bukit tu. Haha. We went to the 'nearest' surau over there. Ugh. THAT NEAREST SURAU took us almost 20 minutes to arrive. Dah la horror gila jalan nak ke surau tu. Siap lalu kebun getah ke, kebun apatah, tak nampak, sebab gelap. Yang pasti, sepanjang jalan tu, tak ada tamadun manusia pun. Soooooo scary! Orang ajak singgah sembahyang kat Petronas, tak nak!

T_______T

Sampai surau, elokkkk ja aku TER-parking sebelah van jenazah. Dah la memasing tengah cuak sepanjang jalan nak cari surau tu. Aku, lek-lek ja. Yang lain pulak yang over. Hahaha! Terpaksa lah pulak, aku nak kena reverse kereta pi parking jauh sikit dari van tu. Kahkahkah!

Surau tu, memang lawa. Surau kampung. Semua kayu! Lawaaaaaaaa rasa macam balik kampung! Lawa sangat, adala sampai aku duk terbayang-bayang entah-entah ni surau bunian kot? Sebab jauh sangat dengan tamadun manusia. Leulz. 

Dah siap berjemaah dengan orang surau apa semua, kami pun gerak balik ke Broga. Around 6.30 jugak lah kami start mendaki. Masa tu, dah mula nak cerah dah. So we didn't really need the torchlight.

The hike, I must say, ermmm......

TIRING?

Hahahahah!! Orang semput macam iolls, jangan nak expect memacam lah! But at least, we managed to reach the third stage weyyyyy.. Not bad lah for me, as I managed to reach the top without having anybody to pull nor to push me up! 

Aha! Riak siooooooot!

:D

Masa dah sampai tu, memang best. Breathtaking! Semuanya lawaaaaaa walaupun ramai gila manusia kat atas tu. Biasalah, weekend! Ramai jugak la team tempat kerja yang pi hike beramai-ramai. Nyampahssss jugak iolls tengok perempuan-perempuan itu semua terjerit-jerit meminta pertolongan dari officemates deyolls. Hello! A girl right here too! Ade ngko dengor teman menjerit? Idok kan? Blergh. Tu laaaaa... Dah tau nak turun bukit curam, nak turun sambil pegang Note 2 hang. Apeke bengap nau tu? Gambar first, nyawa kemudian ke cemana tu? Herghh..

Itu belum scene awek merengek ke pakwe di tengah-tengah jalan seperti-- "Nak sirap sejukkkkkk...... Alaaaaaa...."

Omaigod. Bernanah telinga iolls. Kalau aku pi ngan pakwe aku pun, idok le nak merengek gitu. Aku cuma akan kata-- "Awak...... Lap kan lah peluh kiteeeeeeee... Kite peluh-peluh ni awak....."

Itu ja. Sirap ais tu, aku bawak la sendiri.

Kahkahkah! JK.

So here are some of the photos we had there. Tak banyak, sebab aku malas gilaaaaaa nak upload satu-satu. Beratus-ratus kot! Hergh.







Konklusi Broga ni, kalau AKU nak plan ajak pi lagi sekali, memang TAK la. Penat gegila bebabun kot! Tapi kalau orang ajak, insyaALLAH aku pi. Nak kata serik tu, idok le. Boleh. Cuma..... Me, organize? Heck no!

Hahahaha!!

Ate lepas kite habis memanjat, kite gi mandi sungai la yob!
Excuse my dahi penuh onak dan duri. PMS at its best.

We went to the nearest spot, Hutan Lipur Sungai Tekala. Nice la. Boleh laaaaa... Sejukkkkkk.. Lagipun kebetulan masa tu tak ramai manusia, so we get to conquer the whole spot!

;)

Yeahhhhh... Looking forward to have another outdoor trip next time!



Disclaimer: Gambar semua, haruslah ambil semata guna iPad saja. Itu ja pun yang iolls ada. Tak mampu nak go-pro dengan beli GoPro lagi. Kah!