Showing posts with label engineering student. Show all posts
Showing posts with label engineering student. Show all posts

05 October 2015

28th - 30th September 2015: Perhentian Kecil

assalamualaikum~ :)

Urmmm.. So, Nabila the coconut tree requested a full report on my Perhentian trip, last week. But I'm not in a really good mood to write anything since I'm in my vacation mode now (dah habis belajar y'alls!), I'll just brief you setakat mana yang mampu. Ringkas tapi padat gittewww. Hiks.

Sebelum aku cakap banyak, let's just leave these pictures to do the talking, on how Perhentian looks like. Prettttty, breathtaking, so blueeeeee, Subhanallah tak tau nak kabor cemana dah lah. Tengok sendiri lah! Haaa..


Okay?

Puas?

Need no words kan?

I only speak the truth tau.

Tudia bukti, pergi belek semula kalau kurang percaya.

Lulz.

So, basically this trip was planned antara weols punya geng Hipster ja. Please don't ask me why nama group tu 'Hipster'. Haha! Kebetulan kenduri Spark masa cuti Raya Haji di Terengganu, so weols semua pun macam rancang lah one last trip ke pulau sebelum masing-masing berangkat ke kehidupan lain. Me and Izzat have basically finished with our master, while the others memang tunggu nak habiskan writing. So why not?

 And last week, off we went to Perhentian Kecil. Bertujuh. Bulat, Izzat, Keli, Meyna, Una, Leyah and me. Spark couldn't tag along, since dia busy honeymoon entah kat mana entah. Haha.

Initially, we took this one package yang Bulat jumpa di Facebook. RM280/head for 3D/2N punya trip. Include hotel, tambang bot pergi/balik, makan, BBQ, and five snorkeling points. But something happened, and we were super upset with the agent, so we cancelled it.

We didn't know that we'll be staying in the Fishermen Village, which will require us to take a water taxi to go to the beach, just to play with water. We have been asking for tentative and black and white since foreverrrrr, and they failed to provide us any. Malam sebelum kami bertolak, baru kami tau yang kami kena stay jauh dari pantai (Long Beach).

I was like, da heckk? Tak kan nak kena bayar water taxi setiap kali kita nak pi main kat pantai kot? Like, seriously?

NO WAY.

After few scenes of menuntut wang and all, we cancelled it and decided to just go and redah sendiri. Gamble. Lagipun, masa tu weekdays. Don't think it'll be that hard sangat. *husnudzon*

Dengan ketegasan dan kegarangan bebudak ni, makanya kami pun dapat semula wang deposit kami. Hahahaha!! You do not mess with the Hipster okay! *flips tudung*

Sebelum naik bot di Jeti Kuala Besut.

Berapa jarak dari mana ke mana, sorry I cannot provide you. Since the day before, we slept in Kota Bharu, Kelantan. 

Return ticket, RM70. Setengah jam perjalanan.

Simpan je la tiket tu, sebab nanti balik orang tu akan minta semula. Tapi kat jeti tu nanti, have to pay another RM2. Untuk mende entah. Tak ingat. Entrance ke pulau tu kot.

Haaa masa uols busy bekerja tu, weols tengah layan naik bot.

Lepas setengah jam naik bot, you'll be transferred into a smaller boat a.k.a water taxi. Since larger boat tak boleh reach the beach. Dekat je, tak sampai dua minit pun. This one, requires you to pay another RM2/head. For the water taxi.

Jalan-jalan cari chalet/hotel.

Told ya, yang kami ni gamble je kan cari hotel/chalet apa semua sendiri? So the moment jejak pantai, we split into three. Dua jaga beg, dua cari hotel/chalet ke kiri, lagi tiga cari hotel/chalet ke kanan. Since we are all students, miskin lagi kedana, obviously we were looking for a budget hotel/chalet. Kat sini, for boys, it's easier lah. Since they have dormitory. Cheaper lah kot. But came to think about it again, the one we stayed in lagi berbaloi. RM60/chalet yang boleh masuk sampai tiga orang. Gila tak murah?! 

Siap ada 'mini zoo'. Biawak bermain-main di hadapan bilik. Katak pisang is our permanent roommate. Hahahaha!! Gila sedih. Rasa miskin gila. Tapi best woi! Bila lagi nak dapat rasa camtu kan? Abah kata, kalau nak bercuti, belajar dari cara mat saleh-- don't waste money on things we don't need.

Gitteww...

Budok bijok ni bawak beg gini gi pata, mapuh mereput nok heret ke chalet.

We stayed in Cempaka Chalet throughout our trip. Kat sini, mostly hotel/chalet tak ada electricity during the day. Because obviously we won't be around pun masa siang. Unless kau sejenis loser, dah sampai pulau pun masih mahu bergulung di dalam bilik, I don't know lah tu. Huhu.. 

They'll turn it on from 7 p.m. till 7 a.m., the next morning. Kira okay la tu. Masa tu dah cerah. Kat Cempaka Chalet ni best, sebab abang-abang beach boys tu semua ramah. And kebetulan, they provide diving/snorkeling trips jugak. So weols tak payah la bersusah-payah sangat nak pi cari. Senang, setelkan dengan owner dia ja.

Snorkeling trip, RM50/head for five points. We went to see corals, fishes, sharks, sea cucumbers and turtles! Oh, ada jellyfish jugak! Siap head bang dengan Izzat. Haha! Kesian Izzat.

KK point, shark point, Fishermen Village, turtle point and windmill. Sepatutnya pergi Coral Bay, tapi ada seorang ahli yang keuzuran, kesian dia tak boleh snorkel, so we went for stairs climbing untuk tengok windmills atas bukit! 

"Weyy kau tak boleh turun, nanti jerung datang!"

Haahahahahah!! Gold!

:')

Aku jumpa semua benda, kecuali sharks! Izzat dengan Bulat je kot yang nampak! Aku tak nampak pun. Ish. Tapi aku nampak penyu k! Gila eksaited kejar penyu dalam laut, sampai dua hari sakit betis. Gila laju penyu tu berenang. Stress mak!

Sebelum jadi ikan masin.

Belakang ni bukan chalet saya, sekian.

Sekumpulan penyu terapung.

Kids are ready to go for snorkeling!


Stairs climbing for windmills.




Lepas jadi ikan masin.




Last checkpoint, energy depleted. Negative terus.

Basically masa first day, habis dengan mencari hotel/chalet, berehat dan main air sekejap. Oh, weols naik kayak jugak. Air laut di Long Beach dan di windmills tu, jernih gila okay! Like, jernih gila I can't even! Burrrr...

Second day, habis dengan snorkeling je. From 10.30 a.m. sampai 5.00 p.m.. Pastu sambung main kat pantai. Siap mintak pinjam life jacket and goggle dari abang tu. Haaa.. Since weols memang stay situ, ambil pakej snorkeling situ, breakfast pun situ, senang gila lah nak bodek. Tak gitu? Ahaks.

Sorry tak dapat nak susun gambar ikut kronologi. And sorry jugak kalau gambar macam banyak aku dengan dua manusia tu ja. Sebab memang aku banyak bergambar dengan dua makhluk tu ja. Lulz.



Keesokannya, kami check out awal. Sebab nak jenjalan di Kuala Terengganu pulak. Later lah I story mory in detail on our whole trip. Ni post semata-mata untuk Perhentian trip ja.

I'll share with you some tips yang weols dapat sepanjang kat sana. Hope it helps! Diingatkan sekali lagi, inilah adalah trip pelajar miskin hina tanpa wang tau! Lebih kurang macam destinasi bajet lah! But trust me, semua yang jadi sepanjang trip are precious memories. Walaupun it involves biawak dan katak pisang, I still had fun with you people. It's not about how perfect our trip is, but more to how we get to spend our time together.

I love you crazy hipsters.

:')



TIPS ON PERHENTIAN KECIL
  • Dinasihatkan untuk ambil pakej, sebab mostly katanya hotel/chalet kat sini tak boleh nak book. Nak walk in, boleh. Tapi kalau datang during weekdays macam weols lah. Itupun, almost habis bilik. Tapi, seriously speaking, walk in and gamble macam weols, dapat jimat duit banyak gila.
    • Kos per head
      • Chalet - RM60 (for two nights)
      • Snorkeling - RM50
      • Return ticket for boat - RM70 (you can actually get for RM50, tapi weols tuntut deposit dari ejen gila itu, so had to take theirs)
      • Water taxi - RM4 (RM2 + RM2 untuk pergi dan balik)
      • Entrance fee (?) - RM2
      • Kayak - < RM20 (tak perasan, hari tu Keli bayarkan)
      • Makan - RMxx (depends on you lah)
  • Kalau tak nak serabut, pastikan anda menginap di Long Beach. Dia macam Pantai Chenang lah, hotel/chalet sepanjang pantai. Senang nak main water sports. Pantai pun dekat. Selalunya kalau pakej less than RM300, dia akan tempatkan uols di Fishermen Village. Which, kena naik water taxi kalau nak ke Long Beach. Bear in mind, tiket water taxi tak termasuk dalam pakej.
  • Bab electricity, macam yang aku bagitau, most tempat memang ada untuk malam je. So, boleh lah charge semua devices malam tu. Macam kat Cempaka Chalet ni, memang dia dah sediakan extension. So tak payah gigih nak berebut.
  • Makanan di Long Beach is super expensive. Might as well kena double than the normal price. So, bawak air sendiri bebanyak kalau rasa tak nak duit habis kat air/makanan ringan je. And kalau rasa cerewet bab air kosong, bawaklah sendiri. Kat sini, dia jual Sea Master ja. Euw.
  • Kalau nak murah, tinggal di Fishermen Village. Sebab basically, tempat ni is penempatan manusia. So harga makanan is not that expensive, though they are not that cheap either. But then again, nak diingatkan, kehidupan di Fishermen Village adalah sedikit sukar kalau kau nak main air.
  • Bab makan, weols selalu sarapan di Cempaka Chalet. Nanti akan ada orang jual nasi bungkus. Murah. RM4/bungkus. Lauk daging/ayam. So kalau nak jimat, boleh sarapan nasi bungkus. Kalau nak jimat lagi, beli sebungkus lebih untuk makan tengah hari/malam.
  • Dua malam kat sini, kami dinner di Panorama. Murah! Tak sampai RM20/night for a generous amount of food. Serius. Ayam dia besar muka kau. Kalau rasa diri tu tak kaya sangat, jangan nak berangan makan di kedai yang atas pasir tu. Mahal gila, okay. Go find Panorama. Murah dan sedap. Recommended. 
  • Kehidupan di Long Beach ni, sepanjang hari. Setiap malam ada fire show. So kalau nak jenjalan kat pantai sampai midnight pun, no worries. Ramai manusia.
  • If possible, please please please bawak kamera yang boleh masuk dalam air weh! Air laut dia serius jernih weh. Biru weh. Please weh. I don't know to explain this weh. 
  • Kalau tak nak menyesal di kemudian hari, tempeklah sunscreen sebanyak yang mungkin. I mean, seriously dude. Aku hangit. Ini bukan tan dah ni. Hangit. 
  • Oh. Kat sini, line Maxis macam siput tercekik. Kadang tu, sampai tak ada line langsung. Siap kena roaming lagi tau uols. Depa la habaq. Cheq mana tau, cheq pakai Celcom. Elokkkk ja cheq duk hapdet Instagram tu. Kakaka..
  • Last nak kabor, tempat ni TAK SESUAI LANGSUNG kalau nak pi dengan family. Serius. Tak rasa macam kat Malaysia pun, if you know what I mean. Weols yang tak lah malaikat mana ni pun, terasa macam malaikat bila kat sana. Lulz.

Haa.. Setakat ni, yang tu je lah yang aku ingat. Sebarang pertanyaan, boleh tanya. Kot-kot aku terlepas pandang ke apa ke. Nanti kalau teringat apa-apa lagi, aku update okay?

Toodles~

01 July 2015

Diari Ramadhan Adila di Shah Alam

assalamualaikum~ :)

So today will be the ninth time berbuka puasa di Shah Alam. Sekali je makan di rumah. Even that one pun, I wouldn't say 'berbuka' sangat, since I practically eat nothing. Been sick for nine days already. What a drama.

-,-"

I must say, I haven't decided on what to eat nor where to eat sepanjang ramadhan kat Shah Alam ni. Semua letak kat tangan si Bulat tu ja. Since I'm very good at following kehendak perut orang. Lagipun I was sick (even am now) the whole time, tak tau nak makan apa. Ugh.

We've been rearranging times and places with different bunch setiap hari. Sebab kawan macam ramai, it's kind hard to be able to make it with each and everyone yang ada. Kawan degree, kawan master, seniors master, geng 'Princesses Diary', geng Bandung. Haha. K. Tetiba macam banyak geng, but basically muka-muka tuuuuu je dalam geng tu.

Last night we went to One City for berbuka. Dengan my best classmates masa degree; Shahwal and Shud. Geng cari bapuk. Lols.

We had our berbuka session at Tappers. Western food dia sedappppp.. But my nasi was no good at all. Dengan selera makan yang bagai berada di hujung tanduk, I literally had two to three spoons of nasi only. Pastu, dah. Minum Mulberry Float dia sampai dua gelas. This one is too good. Like, seriously. Too good.




Dek kerana lagi seorang ahli geng cari bapuk tertinggal, makanya weols berenam pun teruk bergerak ke Subang demi memenuhi kuota ahli. Ahaks.

I was having a really good time now that I'm ending my master. It feels so good to be with them, I wish I can spend this last one week with them everyday, but somehow deep inside rasa sedikit sedih cause I'll be leaving this goodness in less than a week.

Bulat dengan Spark yang fun giloooo dari aku degree sampai ke master temankan aku tu, Aenn and Keli yang seronok nak ejek and kacau tu, Sobsob yang acah manja tapi kekadang bising macam abang tu, Felix yang tetiba eh rajin pula kau ye datang sini lepak nanti rindulah dengar kau bebel macam nenek and naik Pegasus kau tu (haha), Kimkim yang paling bising pastu suka acah buang sampah merata depan aku sebab dia tau aku tak suka (lols), Shahwal yang tall dark and hadsome tu, Shud yang urmmm no comment tu (kahkahkah), Bang Ijat dengan tarian illuminati dia tu and lastly, Miss yang terpaling sempoi you're like a sister to me tu!

Huwaaaaaaa...

Am getting emotional here, guys.

:')

Bulat suruh aku kerja di KL. Wah. If only, aku BOLEH pilih nak kerja di mana. Haha.

We'll see.

25 June 2015

3rd June 2015: Trans Studio Bandung

assalamualaikum~ :)

You know what? I actually went to Bandung last couple of weeks. It was a six days and five nights trip with my buddies. Super fun. I gotta say no more.

Huhu.

Everything was fine and fun, yadayadayada.. Might even take weeks for me to explain on that. Obviously lah kan, the trip SHOULD be fun lah, since we went there with our favorite bunch! Who hates trip liddat?

;)

But I gotta blog what I gotta blog. The best part of the trip. The part where it does not involve the taking-notes-out-from-your-purse-to-have-fun kinda action.

TRANS STUDIO BANDUNG.

Yessss gaisssss, we went to their theme park for their infamous roller coaster gaisss!! Look what I have behind me!
No. I wasn't trying to show Kimkim there. And yes, no, I wasn't trying to pick his nose either. I was actually referring to the roller coaster behind, which clearly, you can't get the picture, because Sobsob is 'too good' in taking pictures as per requested. Maybe my legs are more important than the roller coaster itself.

:')

Yesss baby! This one! I take good photos, no?

Ahaks.

Check this out!


This was the main reason for us to go to Bandung. For its roller coaster. Haha. All those rides provided in the theme park were super fun, but this one I tell you.... Masa awal-awal nak naik je rasa gegar iman. After one ride, we actually crave for more! Hahaha!! It was goooooooood, the ride was so short, it only takes around 40 seconds per ride. Tak sempat nak takut, tau-tau je dah sampai. The only reason I was screaming, sebab semua orang nak jerit. Serius man, bila orang jerit, kau kena jerit jugak. Like kena, KENA. Trust me. It'll be epic fun to scream together! Haha!

Weols naik six times! Both siang and malam punya ride. The last three rides tu, sederet. Orang yang jaga tu, tak nak bagi weols turun, since weols pi naik masa tempat tu dah nak tutup. So, as closure, depa hentam bagi kami layan tiga round terus. Pity Sobsob, yang dah nyawa-nyawa ikan masa nak naik tu. Mabuk. Tak sangka weols tak dibenarkan turun. Kena kunci kat seat, dipaksa layan tiga round sekaligus. Haha. Mak okay je noks. Mak henjoy semua rides!
Sobsob acah enjoy, sebab masa ni dia tak tau lagi nasib dia. Lulz.

Most of the rides, kalau yang jenis gayat tu, terseksa jugak lah jiwa raga deyols. Yang paling kental layan semua ride gayat tu, me (obviously), Bulat, Aenn, Kimkim and Sobsob. We ride semua benda. Termasuk ride yang ala-ala solero shot tu, yang paling Bulat and Kimkim takut tu. Itupun naik empat kali. Tiga yang last tu, sederet gak. Kes akak yang jaga tu, refuse to let us go. Sebab dah final ride. Meraung jantan-jantan tu semua. Hahahaha!! Too cute la these boys. 

:')

This was my favorite ride, among all the rides. Roller coaster pun kalah. Hahahaha!! Sebab benda ni, dia hayun-hayun hang sambil berpusing. Tak pening pun. Cuma berangin. Masa ni, tak ada sapa nak layan aku nak naik untuk kali kedua. Kimkim je nak layan. Walaupun dia ajak naik benda lain, tapi aku refuse sebab benda tu pening. Then I requested this. Haha. So finally, only the two of us went up. With other one couple. Lima minit gak ah, tunggu benda alah ni nak gerak. Kes tak ada orang nak naik. Sheeeshhh..

-___-"

I enjoyed all the rides. Gambar tak ada, since my phone was with the 'Dunia Anak' punya geng. Keli, Meyna, Spark and Kak Miza were having fun riding spinning teacup, carousel and whatnot, so I left my phone with them. Sebab ride depa semuanya selamat. Of course lah selamat, baby pun selamat kalau naik benda-benda yang depa naik tu. Lols.

The only thing I hate about theme park-- rumah hantu.

Man, I hate ghost house! Pffttt..

Nasiblah rumah hantu deme pakai kereta api. Tak payah jalan. I went in with Kimkim, Sobsob and Meyna. Since cuma boleh empat orang per car. Me and Meyna were literally closing our eyes throughout the ride. The moment kereta tu jalan, aku dengan Meyna terus tidur. Aku siap tarik tali beg Kimkim, sambil pejam mata. Asal deme jerit, lagi kuat teman rentap tali beg deme. I chickened out dudeeee.. Oh, how I hate ghost house dari dulu!

Then I realised, height doesn't scare me. But ghost does. Not literally the ghost la. More like, the element of suspense gittewww..

Maybe I'm a psycho. Naik ride yang macam gila, gelak-gelak. Masuk rumah hantu yang semua orang claimed 'tak takut langsung' tu, takut. Scream park kat Sunway Lagoon tu pun, aku mengelat hari tu. Ehh tengok Insidious dan Posession di panggung, lepas pula.

#sisbermasalah

<(^,<^")

30 May 2015

24th May 2015: Civil Rainbow Run

assalamualaikum~ :)

So yeah, I did it again.

Eh.

No.

WE did it again.


5km Rainbow Run, checked!

'Twas a colour run organized by our faculty (Faculty of Civil Engineering, UiTM). And since the registration fee only cost us ten bucks, so why not kan?

Ahaks.

So, off we went for the run, last Sunday. Since yuran dia murah ja, medals were only given to those yang berjaya finish as top 60 (kot?). And obviously, I didn't make it to the list. Hello! What do you expect mehhh? 

Kah!

Lagipun, last Sunday tu, Apat and Shahwal decided to join us. So I was walking with them the whole four kilometers (cause I only run for the first one kilometer). Lama tak jumpa dengan best two buddies iols tu. And... Told ya, UiTM is too hilly for me! I iz kenot handle it!

<(-,<)"

This is how we looked that morning. All bersih, wangi, putih and all. Bak kata Bulat-- macam dalam cerita Alice in Wonderland.

And this pretty much how we looked after the run. Macam terkena penyakit kulit, yang berjangkit. Berkudis. Berkurap. Macam zombies.

Remember how I told you, I was walking all the way with Apat and Shahwal throughout the run? Yeah. Muka aku tu, hasil kerja tangan Shahwal. He got huge packet of coloured powder, and decided to SPEND them on me. 

ONLY ME.

His powder was all over my face. I even got them in my nose and eyes.

And thanks to him, I looked extra ugly that day. Didn't even washed them sampai balik rumah. Kononnya nak simpan bukti kedayusan Shahwal dan bagitau semua orang what he did to me. Padahal yang lain, sibuk nak cuci muka. Kah!

We even went to Kak Wok with this face. Everybody was pretty clean, except for me. Everybody was staring at us. One Makcik siap buat muka macam weols ni terencat. 

Dia tak tau, yang perangai tak semenggah ni semua, bebudak yang akan grad with degrees and masters. Ingat weols rempit jalanan je ke?

Lewls.

I don't mind at all.

I think I looked cool that day.

*flips bawal*

16 May 2015

Achievements Unlocked!

 assalamualaikum~ :)

So this semester, I had so much things happening in my life. Quite a number of achievements being unlocked, successfully, I may say. Ahaks.

I used to be one active student back in my school days. Sukan, persatuan, camps, you name it. Adila yang semput ni pun, sebenarnya aktif tau. Paling suka, kerja luar! Heee.. But since I've entered UiTM, I no longer join any outdoor activities yang melibatkan persatuan. Kebetulan, aku dapat kawan-kawan yang minat belajar je. Tak minat join persatuan. Hahaha. Nasiblah tak boleh gemuk. Kalau tak, dah lama aku jadi gemuk dan berat. Lulz.

Hence, my diploma and degree life was pretty lame. Not that I don't have cool friends, THEY ARE THE COOLEST, but they were just not into outdoors.

Then here comes the light of my life. Master has changed so many things in my life. I get to be the 'active Adila' again. We play squash and badminton, I get to attend organisation meetings, planned and carried out activities/programmes and whatnot. Those things are freaking fun, dude!

Am like, what have I've been doing all these years in the university dudeeeeee?! Hiding in the cave?

Ugh.

 In this semester sahaja, I've been into sooo many activities. Tak rugi beli kasut memahal sebab setiap minggu pun gunakan dia sehabis baik! Padahal masa baru beli tu, setahun jugak lah dia duduk dalam kotak. Agaknya dah siap karang 'Aku Sepasang Kasut Sukan' sebagai dua, tiga buah buku dah. Kah!

Every week, I had my zumba shots for an hour. Went to Broga Hill for the second time. And this time, the trail dah tak sepenat masa pi first time dulu. Ni mesti kes setiap minggu zumba, iols dah 'kuat' sikit dah. Kah!


Batu Caves, checked. 300++ anak tangga tu, dah panjat dah. Hampir tercabut lutut jugak lah masa tu. Aku lagi sanggup naik Broga, I swear.

-,-"

And not to forget, my very first mini marathon! Ahahaha.. 'Mini' is the only marathon you'll get to see me in. Trust me. LOL!
Segala perkataan yang pensyarah dan cikgu duk potpetpotpet masa kelas dulu--

"Kamu datang sekolah/universiti, bukan hanya untuk belajar. Blend in, join persatuan!"

Baru nak dapat brain masa dah umur 25 tahun. Am such a late bloomer! Gah!

16 October 2014

Cik Persatuan

assalamualaikum~ :)

Rasa macam baru semalam, aku, AdilaKaman being the ignorant me. Ignoring whatever yang terjadi di sekeliling aku, selagi ia tak bagi keburukan, selagi tu aku tak ambik kisah. Dari diploma sampai ke degree, aku bukan student yang aktif. Haaa mamposlah apa saja aktiviti/persatuan korang buat, aku malasssss nak join. UNLESS, aku ada geng. Which is why, aktiviti kolej semua aku join. Sebab kawan-kawan aku sekolej. Those were the sweetest memories.

:')

Pastu here comes the moment bila tetiba aku buat rajin nak join. Bermula dengan jadi AJK untuk Malam Pra-Graduan (MPG) fakulti secara paksa rela (tapi best gila) tu, sampailah lepas aku sambung master ni.

Guess what? Now, the ignorant AdilaKaman is one of the AJK untuk persatuan postgrads. Currrrlasss kau jahhhh. Masuk meeting sebenar okay?!
Ni, lanyard dengan matrix card holder ni, dah masuk semester kedua, baru terhegeh-hegeh nak beli. Itupun sebab hari ni ada meeting dengan ex-daddy iolls, Timbalan Dekan HEP. Bahahaha! Kalau tak pakai ikut sahsiah rupa diri, siap la hang kena tadah telinga dengaq dia beletiaq. Lulz.

10 September 2014

Super Senior

assalamualaikum~ :)

Isn't it cool, to have your own table? Being a poyo postgrad student that I am, I always enjoy the stares I get whenever I enter our workstation in the faculty. Yeah. Perasan bagus senior alert!

Kihkihkih.

Of course lah. You get to park where the lecturers and staffs park their car. You get to access the locked room with your matrix card. You have your own table that you could decorate up to your taste. How can I not loveeeeeeee my life now?

:)


Poyo senior enjoying Running Man.

17 June 2014

To My Younger Engineer-To-Be Sisters and Brothers

assalamualaikum~ :)

Meh sini akak ngko nak nasihat sikit.... Kalau terasa gatal-gatal nak ambik engineering (civil to be exact), ngko ambik je lah. Jangan dihirau susah ataupun tak. Kalau effort tu ada, insyaAllah the degree will be in your hands. Contoh terbesar, ni, yang duk menaip ni. Pemalas, tak berbakat, tiada minat, suka tidur, malas membaca dan menghafal, tapi tadaaaaaaaaa! Tengah ambik engineering master program dah.

Puji *cough* diri *cough* sendiri *cough*.

Lulz.

Minat tu akan datang bila ngko tengok kawan-kawan semua skor setiap semester padahal ngko suck big time every semester. Dari situ, effort akan datang sebab malu kalau malas dan fail, nanti kena pi graduation ceremony sorang-sorang sebab semua kawan dah grad semester lepas. 

:')

Boleh, kalau nak ambik engineering program sebab minat. Tapi jangan bergantung kepada minat semata sebab minat manusia boleh berubah setiap tahun, mengikut musim dan keadaan semasa (rujuk penaip). Mihihi.. Lagipun, kalau nak pakai minat semata, ceh. Tak payah tipu lah. Siapa ja minat nak membaca dan menghafal kalau dah masuk engineering courses ni kan? Tapi ituuuuuuuu la yang ngko kena mengadap nanti. To be completely honest, reason utama aku ambik engineering program ni, adalah kerana aku sukaaaaaa mengira! Love calculator like crayyyyy.. Bahaha.. Over jap.

Lagipun, maybe dulu aku kurang terima pendedahan on courses available in university. Kalau adik-adik rajin, boleh la browse through every courses available dulu, sebelum buat keputusan. Mana la tau, tetiba eh ada kos yang lebih best rupanya! Hihi.. Dulu masa sekolah, aku cuma tau ada kos perubatan, kejuruteraan dan perakaunan. Lulz. Noob nauzubilah! Janganlah jadi macam yang duk taip ye adik-adik! Pastu masa tu semuaaaaa pilihan isi engineering. Civil lah, electrical lah, electronic lah, mechanical lah. Janji engineering. Minat Maths lah kunun. Last sekali tu baru isi Hotel management, sebab dah tak tau nak isi engineering apa lagi. :')

Alhamdulillah, walaupun terasa ralat dan macam tertipu sikit sebab rupanya Civil Engineering sangat meluas skop dia and mana ada mengira ja hoi menghafal pun banyak! Tapi aku berjaya jugak menempuhi onak berduri sebagai pelajar engineering untuk diploma dan degree. Alhamdulillah.

Cuma nak pesan, kalau dah nak ambik civil engineering tu, janganlah nak buat perangai teruk takut matahari, tak suka berpeluh jadah tu. Mintak dijauhkan lah ye. Pastu kalau agak suka pakai cantik dress menda tu semua, harap lupakan lah ye? Jangan pulak nanti dah masuk, pastu complain asyik kena berjemur panas buat kerja berat, because that's what engineers do. Nak glamour, kat kampung boleh la kalau setakat nak bagitau nenek dah jadi engineer. Tapi kerja dia, langsung tak glamour okay. Serius. Hitam. Berkilat.

Aku dah rasa masa raya tahun lepas. Hitam. Pastu kena pakai baju kuning. K.
Ni masa melawat tapak asrama kolej UiTM Puncak Alam.

Ni masa gi Tebrau, melawat bangunan apa tah nama dia ni. Structures dia mostly guna timber ja. Lawa!

Ni masa kat Subang. Site untuk kondo.

Ni masa pi Jambatan Kedua Pulau Pinang. Sebelum siap.

Ni masa pi tempat bancuhan tar jalan tu.

Seronoknya civil engineering ni, ngko dapat exlore semua benda. Makanya, lawatan tapak pun banyakkkk macam kat atas tu. Tu sepanjang aku degree. Belum kira diploma, belum kira master. Belum kira site visit assignment. Fuh. Visits! Visits! Visits!

Pastu kalau dah pilih engineering, janganlah takut untuk bekerja sebagai engineer. Jangan jadi macam yang duk menaip ni. Penakut. Sebab tu sambung belajar sampai master. Adalaaaaaa serupa Wan dalam Jodoh 2 tu punya perangai. Bahahahaha!!

So, make up your mind kids! Kalau ngko rasa ngko adventurous macam iolls, redah jeeeee! Dalam hidup ni, bukan asyik nak kena main di zon selesa sendiri. Kadang-kadang kena keluar dan cuba benda baru jugak.

:)

Aku buat post ni, sebab aku perasan entri aku on Subjek Pembunuh tu, paaaaaaling banyak orang nak view. Bagus betullah budak-budak ni buat research dulu sebelum nak sambung belajar. Bagus. Aku dulu main hentam ikut naluri keibuan hati aku ja. Nasib baik masa tu aku tak rebellious sangat.

Nasib baik.


30 May 2014

Graduated on paper Engineer

assalamualaikum~ :)

Oh. Lupa nak cerita. Aku dah berjaya habiskan hayat sebagai undergraduate UiTM dua minggu lepas. But now that I'm officially a postgraduate of UiTM, perasaan grad tu tak la se-best mana. Since I'll be having another in less than two years time. InsyaAllah. :)

Another establishment from UiTM, yay! My second scroll.
Bila usya balik, sebenarnya orang yang pakai topi macam aku ni, tak ramai. Kiranya, kategori RARE la. Because most people (read: girls) care the most on their 'muncung tudung'. Aku ja semangat nahhhh hambekkau terus hilangkan muncung tudung. Sebab tu pakai selendang. Senang. Cover dahi seluas padang bola lebih penting dari jaga muncung tudung okayyy?! Dah la pakai topi senget.

:')

And seperti yang sebelumnya, I still don't own a studio-version picture of mine, because we people just hateeeee lining up for that yo! Plus, two of my younger siblings weren't here. Which is why, the moment aku sampai hotel, terusssss photoshoot sendiri dengan sijil. Pakai iPad, tangkap sendiri. Bahahaha!! Sedih.
This was my first time fixing a yellow coloured shawl/tudung on the head. It was kind of awkward, konon perasan diri ini terlalu gelap untuk pakai kuning. But turned out, I feel gooooooood about myself wearing yellow. Terasa putih melepak gittewww... Kahkahkah!!
And this was my first heels too! Masa diploma dulu, pakai wedges. Kali ni, beli la kasut yang formal sikit. Baru pakai tak sampai beberapa jam, kaki melecet lah, sakit betis lah. Haihhh.. I am sooooo not girl-on-heels material. Sheeeeeshhh... Nasib baik tak tergolek ja masa atas pentas. Nervous woi!

Konvo kali ni, aku tak ambik gambar dengan sesiapa pun. Keluar dewan, terus cari family. Ambik beberapa gambar unofficial, kemudian terus pi hantar jubah. Bunga pun tak ada. Tapi tak sedih sangat pun la. Janji mama abah masuk dewan, tengok iolls naik pentas. Wiwiwiwi...

And nasib lah sempat pi menggedik dengan kawan-kawan buat pre-convo shoot few days earlier. Adaaaaaa la jugak gambar weolls pakai jubah sama-sama.
So now....

I am an officially Bachelor of Engineering (Hons.) Civil degree holder.

Dah boleh letak 'Engr' kat pangkal nama dah.

K.

Beranganlah kau sana Adila!


15 April 2014

Unleash the 'Designer' In You

assalamualaikum~ :)

Semester baru ni, banyak benda yang aku dapat/pelajari. Banyakkkk sangat. Contohnya kali ni-- aku kena buat poster. KENA buat poster. Tak dapat kucari apa kaitannya dengan Sustainability Management, but we just had to do it.

:')

Jenuh juga nak mencari idea untuk create a poster. Awareness poster. Hewww.. Mana dengan ideanya, design-nya, konsepnya, apalah lagi nak humban dalam tu supaya poster tu dapat create awareness kat pembaca dia. Haihh.. Nak tarik pembaca dah satu hal. Ini-- nak pastikan pulak bila orang baca, dia dapat absorb kalaupun tak 100 peratus, at least 20 peratus pun okay. Bukan senang hoi! Aku sendiri pun malassssss nak belek poster lelama. Miahahaha!!

So, the idea was to make a simple yet sempoi poster. Ala-ala poster kita dak-dak remaja sekarang la. Less words. Just let the pictures do the talking. Haaaaa gittewwww la idea dia.

Proses brainstorming, makan tiga hingga empat jam jugak la. Pastu konon nak mintak tolong sorang kenalan yang power (sikit) bab-bab Photoshop untuk edit-kan gambar. Sebab aku kurang mahir. And I don't even have the software, hence the help needed.

Malangnya-- that kenalan just had to cancel our meeting at the very last minute. Since aku tak nak ambik risiko, makanya-- AKU lah tu yang kena ikhtiar. Jenuh jugak weyyyy.. Last minute cari model,  cari aplikasi nak edit, cari idea cemana nak 'crop freely' tanpa Photoshop, cemana nak buat wording and all. Long story short, senang cerita-- aku GOOGLE ja semua.

T___________________T"

Makan setengah hari jugak hoi aku setel semua tu. Edit kat Photoscape ja. Crop freely, pakai online apps ja. Wording pulak, 100 peratus pakai iPad aku. Bahahahaha!! Poster berbajet rendah. Kurang hina sikit dari pakai Paint.

>,<"
Ini masa sesi nak ambik gambar dalam bilik AHU. Curi-curi masuk, nasib tak kantoi dengan lab technician. 

Last minute, Bulat panggil junior mai tolong jadi model. Baik budaknya. Main ikuttttt ja apa yang abang-abang, akak-akak dia suruh. :D

Masa duk test lighting.

Bahahahaha!! Idea asal macam ni la. But minus the facial expression tu la. :'D

K. Tukar konsep.

K. Sikitttt ja lagi. Macam ada yang tak kena sikit gambar ni.

Haaaaaaa... Gittewwww... Walaupun rambut seperti rumah Spongebob sedikit. Lulz.

Finalized poster.

Masa buat poster ni-- kami ingat semua orang buat lebih kurang ni ja. You know-- simple but sempoi like this. Sekali hambekauuuuu semua orang buat poster ala-ala poster Final Year Project (FYP). Penuh informasi. Berinti. Peh.

-,-"

Secara total, poster kami jelahhhhhhh yang paling sempoi dan simple. Bahahaha!! Tapi memang power la poster group lain. Semua buat poster on facts. Kami ja yang buat kempen. Lolol.. Nampak sangat kami ni fresh graduates. Innocent tak hengat. Well.. Everybody used Publisher, Photoshop jadah. Kami? Photoscape ftw. 

:'D

Tapi best la. Dr Amnor siap cakap--

"Their poster is very good. Less words, but less info too."

Bahahaha!!

Poster paling power, poster KEEP CALM AND QUIT SMOKING. Fuh. Rasa macam nak mintak, pastu nak gantung dalam bilik tidur abah. Pantang beteiiiii teman dengan orang suka merokok ni. Heyyyyyy.....