Showing posts with label piece of mind. Show all posts
Showing posts with label piece of mind. Show all posts

29 June 2015

Beautiful Lies vs The Ugly Truth

assalamualaikum~ :)

Truth hurts. Sometimes aku rasa, even your level of curiosity at its highest peak sekalipun, tak akan boleh nak lawan the 'ugly truth' behind it (if any). Trust me. Some might even wish not to ask about it in the first place. Baik tak tahu, dari tahu.

And somehow, the lie people made might actually comforts you. Ada jugak yang sanggup hidup dalam penipuan orang lain, sebab dia rasa, itu yang terbaik untuk dia. Kemampuan dia untuk terima, hanya setakat itu. At least, he/she could live a life the way he/she wanted. Walaupun dalam penipuan. AT LEAST, dia rasa safe dalam 'dunia dia'.

Sebab tu kau boleh jumpa perkataan-perkataan macam 'ugly truth' and 'beautiful lie'.

The Ugly Truth tu, movie.

A Beautiful Lie, is one of my favorite songs by 30 Seconds to Mars.

So today, I learned about something I wished I didn't know. Though the fact that it doesn't really affect me directly, but still, I wished I didn't know.

-,-"

Aku terpaling teruk dalam menerima 'berita'. For example, after a break up, I'll just cut everything that is related to my ex-boyfriend. I'll even block him, if I needed to! Not that I hate him or whatsoever lah. I just don't want to know anything about him, after the break up.

Did he get himself a new girlfriend? How long did he manage to survive without me? Did he become happier now that I'm gone? Did he turn on the 'flirt' button the moment we broke up? Did he not eat cause he missed me too much?

No.

Tak payah cakap pasal stalk.

#sisbukancrazystalkingexgirlfriend #sumpahweh

I never even 'hey' him for the past two years though I literally go to sleep with his smile, IN MY HEAD, like everyday. Alhamdulillah, lately dah kurang sikit penyakit aku tu. Elok je tidur, nyenyak jeee tak payah serabut pikir pasal deme dah. Lulz.

Okay. Back to the topic. So for the past two years, I've been hiding from the ugly truth. Something yang aku tak nak tengok, KONONNYA tak jadi, but who knows, entah-entah dia dah ada tiga girlfriends dalam tempoh dua tahun tu. But it's okay dudeeeee cause I know nothing! Dude is living her life to the fullest! Yay!

*flipshair*

Now that's how you should live. Sama lah jugak if anything happens, and someone refused to tell you about it, just let him/her be. Something happens for a reason. And there's always a reason behind the telling/not-telling. I'm always ready for the worst. Bukan pessimist. Cuma, realistic. Spesies acah optimist ni lah spesies yang suka hidup di belakang beautiful lies. We realistic punya spesies, we don't do that.

Tak salah nak percaya all those beautiful lies you made yourself, just to survive. I survived my break ups with those beautiful lies I made myself too. Cuma, kena lah pikir dan jadi sedikit waras. Hidup dengan beautiful lies itu, bukanlah untuk selama-lamanya ye adik-adik.

Lagipun, some people need to learn the hard way. Maybe by realizing the ugly truths, you guys boleh jadi lebih matang dan move on dengan lebih cepat. Who knows? Lain orang, lain kaedahnya kan?

:)

So nowwwwwww I really need to clear kan kepala iols daripada apa yang iols baru tahu cause I feel really bad about it. I need something to divert my attention now. Urmm.. Like happy places, or maybe nice food. Warm teh tarik sounds really nice to me. Hmm. No. It's already past midnight, you are not that wild Adila, bij please.

CAT!

Yes, my cat please!

Imma look at you sampai bosan! Sampai lupakan everything yang happens dari iols lahir, sampai sejam yang lepas.

~(>,<~)(~>,<)~



Ahhh... Who needs happy places when we have you baby...

10 October 2014

The All Mighty Adila

assalamualaikum~ :)

Last couple of days, I had this one conversation with Mom--

Dependent Women VS Independent Women.

Hmm.. Kalau yang dah lama kenal aku, must have known yang I have a sister. Second child with three younger siblings. But since Along is somewhere better on the other side of the world, now I'm in charge in the 'first child department', as a big sister. And since Abah adalah seorang manusia yang workaholic, Mom taught me everything, on how to take care of myself, BY MYSELF. Abah ada dia punya pegangan where semua orang kena berdikari, sebab nanti kalau tiba-tiba Mak Abah dah tak ada, you can manage yourselves well. Gittewww..

So yeah, I've transformed into this one verrrrrry independent girl, thanks to my parents! Very independent, to the extent yang aku rasa kalau satu hari nanti kalau aku tak kahwin pun, aku masih boleh hidup.

Hmm..

Bila fikir-fikir balik, baguslah kan bila dah jadi manusia tak reti bergantung pada orang lain ni? Tapi bila fikir dalam-dalam, being too independent brings no good to you pun. Like, seriously. Lelaki mana yang nak perempuan yang hidup macam 'uh like I care kau ada atau tak cause I can manage myself' ni kan?

Because you see, I developed some level of ego by being independent. Serius, ianya benar. And for guys, they have their very own ego too. Bila kau perempuan, yang sepatutnya lemah, tapi act all mighty, some guys might even not like it. Because 80% of guys that I've been dating (wah kau banyak boyfriends!), mereka 'enjoy' kebergantungan kau pada mereka tu.

Mom said, she heard about some divorce cases where the wife adalah jenis yang terlalu berdikari sampai suami dia rasa tak diperlukan. Cause the wife has the money and she is used to doing things herself that she never ask her husband on anything. Akhirnya, dia diceraikan. Padahal, si isteri tu tak pernah mintak duit sebab dia tahu yang suami dia ada tanggungjawab lain like, setelkan utilities, sewa dan groceries. Lagipun, she has the money, so why bother. Kan?

Hmm..

Macam aku, Mom and Dad has given me everything I could ever asked for. Aku ada lesen sendiri, and they even gave me my own car. I can manage driving 12 hours non-stop, driving all the way from Shah Alam to Kangar alone, settling whatever business I have all by myself, senang cerita, I can manage almost everything myself. 

Tsk. Aku takut jadi macam perempuan tu. Aku target untuk kahwin lepas aku bekerja dan ada duit sendiri. Aku risau, what if kalau aku dah get used to living alone? Or, kalau pun aku kahwin, macam mana kalau tak reti nak 'lemahkan' diri aku untuk buat suami aku rasa diperlukan? You know, when you have been doing things for you and for others by yourself, and suddenly you have to let others do things for you?

Ugh. Kena belajar jadi lemah sedikit, supaya suami boleh perasan dia hero. Bahahaha! You knowwwww macam lagu Fynn Jamal--

"Aku punya manja kau saja boleh rasa."

Gittewwwww uolls~

30 June 2014

Surviving Break Ups My Way

assalamualaikum~

You know the feeling you have the moment you listened to a song? Lagu ni manis. Like, manissssss sangat! 


Aku ni jenis manusia menghayati bunyi lebih dari perkataan. So lepas aku dah tangkap cintan leleh-leleh tertonggeng, baruuuuu terperasan tajuk dia 'lonely' uollssssss...

LONELY okay.

Hahahahaha!! 

Tengok video clip dia, I iz sedih. You know, all the stuffs you did to survive after going through a hard break up. Dulu-dulu, masa lepas putus cinta, haruslah LOST sebentar. Kalau selalu tengok wayang berteman, makan berteman, shopping berteman, tiba-tiba tak ada orang teman. Yelah. Masa ada pakwe, mana ada pergi tengok wayang dengan kawan kan. Lepas tu, bila dah tak ada pakwe, kawan pun malas la nak layan lantak hengko dulu berlagak! Gittewww..

:')

Macam dalam video clip ni, she made everything extra happy untuk cover balik level 'happy' yang sudah menjengah index bahaya. To make it neutral. Kalau aku hari tu, ada lah jugak beberapa kali buat perangai. Pi merayau kat KLCC and Pavilion sorang-sorang lah, pi tengok wayang sorang-sorang lah, balik kampung drive sorang-sorang lah. Perlis and Shah Alam is not dekat okay. Ugh. Pastu, sepanjang masa 'beriadah' sendirian tu, mula lah feeling feeling lari pi oversea membawa hati yang lara. Lulz. Drama queen syial lu, Adila!

:'D

Sebab tu kalau nampak macam aku buat benda yang orang jarang buat sorang, tapi aku buat jugak, tu ada laaaaa tu. Tengah melara la tu. Dan memandangkan aku jenis yang tak meroyan merayu simpati kat laman sosial, aku 'meroyan' dengan cara macam tu. Cara yang orang tengok tak serabut dan aku sendiri pun tak serabut. Cover kunun. Ego katekoooo.. Gittewwww.. Hihihi..

Jadi, bila nak meroyan tu, ambik masa untuk fikir sat. Berbaloi tak? Apa hasil meroyan di laman sosial? Agak-agak kawan menyampah tak? Agak-agak ex ngko tu nak merangkak balik ke kaki tak lepas tengok? Tak? Kalau tak, baik ngko gi karaoke sorang-sorang lah beb. Bahahah!! Eh! Karaoke sorang! Tu tak buat lagi!!

Hatiku~

Hatimu~

*tetiba*

Benda paling basic and essential,

YOU DO NOT STALK YOUR EX.

Tak kira lah walau aral melintang sekalipun, JANGAN sesekali bukak timeline dia. Aku, memang putuskan terus hubungan laman sosial. Nak mesej, boleh. Kau nak follow aku, boleh. Tapi aku memang tak akan follow. Cukuplah jadi crazy stalking girlfriend dedulu. Tak kan nak naik pangkat jadi crazy stalking ex girlfriend pulak kan? Hihihi.. Stalk, pastu meroyan. No. No.

Sayangilah diri anda dan orang-orang yang menyayangi anda SAHAJA!



UPDATE

Kalau boleh, mohon elakkan.....



17 June 2014

To My Younger Engineer-To-Be Sisters and Brothers

assalamualaikum~ :)

Meh sini akak ngko nak nasihat sikit.... Kalau terasa gatal-gatal nak ambik engineering (civil to be exact), ngko ambik je lah. Jangan dihirau susah ataupun tak. Kalau effort tu ada, insyaAllah the degree will be in your hands. Contoh terbesar, ni, yang duk menaip ni. Pemalas, tak berbakat, tiada minat, suka tidur, malas membaca dan menghafal, tapi tadaaaaaaaaa! Tengah ambik engineering master program dah.

Puji *cough* diri *cough* sendiri *cough*.

Lulz.

Minat tu akan datang bila ngko tengok kawan-kawan semua skor setiap semester padahal ngko suck big time every semester. Dari situ, effort akan datang sebab malu kalau malas dan fail, nanti kena pi graduation ceremony sorang-sorang sebab semua kawan dah grad semester lepas. 

:')

Boleh, kalau nak ambik engineering program sebab minat. Tapi jangan bergantung kepada minat semata sebab minat manusia boleh berubah setiap tahun, mengikut musim dan keadaan semasa (rujuk penaip). Mihihi.. Lagipun, kalau nak pakai minat semata, ceh. Tak payah tipu lah. Siapa ja minat nak membaca dan menghafal kalau dah masuk engineering courses ni kan? Tapi ituuuuuuuu la yang ngko kena mengadap nanti. To be completely honest, reason utama aku ambik engineering program ni, adalah kerana aku sukaaaaaa mengira! Love calculator like crayyyyy.. Bahaha.. Over jap.

Lagipun, maybe dulu aku kurang terima pendedahan on courses available in university. Kalau adik-adik rajin, boleh la browse through every courses available dulu, sebelum buat keputusan. Mana la tau, tetiba eh ada kos yang lebih best rupanya! Hihi.. Dulu masa sekolah, aku cuma tau ada kos perubatan, kejuruteraan dan perakaunan. Lulz. Noob nauzubilah! Janganlah jadi macam yang duk taip ye adik-adik! Pastu masa tu semuaaaaa pilihan isi engineering. Civil lah, electrical lah, electronic lah, mechanical lah. Janji engineering. Minat Maths lah kunun. Last sekali tu baru isi Hotel management, sebab dah tak tau nak isi engineering apa lagi. :')

Alhamdulillah, walaupun terasa ralat dan macam tertipu sikit sebab rupanya Civil Engineering sangat meluas skop dia and mana ada mengira ja hoi menghafal pun banyak! Tapi aku berjaya jugak menempuhi onak berduri sebagai pelajar engineering untuk diploma dan degree. Alhamdulillah.

Cuma nak pesan, kalau dah nak ambik civil engineering tu, janganlah nak buat perangai teruk takut matahari, tak suka berpeluh jadah tu. Mintak dijauhkan lah ye. Pastu kalau agak suka pakai cantik dress menda tu semua, harap lupakan lah ye? Jangan pulak nanti dah masuk, pastu complain asyik kena berjemur panas buat kerja berat, because that's what engineers do. Nak glamour, kat kampung boleh la kalau setakat nak bagitau nenek dah jadi engineer. Tapi kerja dia, langsung tak glamour okay. Serius. Hitam. Berkilat.

Aku dah rasa masa raya tahun lepas. Hitam. Pastu kena pakai baju kuning. K.
Ni masa melawat tapak asrama kolej UiTM Puncak Alam.

Ni masa gi Tebrau, melawat bangunan apa tah nama dia ni. Structures dia mostly guna timber ja. Lawa!

Ni masa kat Subang. Site untuk kondo.

Ni masa pi Jambatan Kedua Pulau Pinang. Sebelum siap.

Ni masa pi tempat bancuhan tar jalan tu.

Seronoknya civil engineering ni, ngko dapat exlore semua benda. Makanya, lawatan tapak pun banyakkkk macam kat atas tu. Tu sepanjang aku degree. Belum kira diploma, belum kira master. Belum kira site visit assignment. Fuh. Visits! Visits! Visits!

Pastu kalau dah pilih engineering, janganlah takut untuk bekerja sebagai engineer. Jangan jadi macam yang duk menaip ni. Penakut. Sebab tu sambung belajar sampai master. Adalaaaaaa serupa Wan dalam Jodoh 2 tu punya perangai. Bahahahaha!!

So, make up your mind kids! Kalau ngko rasa ngko adventurous macam iolls, redah jeeeee! Dalam hidup ni, bukan asyik nak kena main di zon selesa sendiri. Kadang-kadang kena keluar dan cuba benda baru jugak.

:)

Aku buat post ni, sebab aku perasan entri aku on Subjek Pembunuh tu, paaaaaaling banyak orang nak view. Bagus betullah budak-budak ni buat research dulu sebelum nak sambung belajar. Bagus. Aku dulu main hentam ikut naluri keibuan hati aku ja. Nasib baik masa tu aku tak rebellious sangat.

Nasib baik.


28 March 2014

That Awkward Silence Moment

assalamualaikum~ :)

We were in the middle of the class, when our lecturer asked us to buy this less than 1 cm thick book that will cost us around RM70++, for revision.

And suddenly, a friend of mine went--

"Nanti kita photostat je lah, nak?"

Aku pulak dengan semangat dan bendulnya terus jawap--

"Ermm.. Aku tak suka photostat buku teks. Selalunya aku beli." 

Terussssssssss....

Krik krik krik..

Awkward silence for few seconds.
Honestly-- aku tak pernah photostat buku-buku teks aku. Unless, sumber buku tu memang sudah difotokopi. Nota-nota lecturer, misalnya. That's why bila lecturer suruh beli-- aku beli. Despite the price. Because your money can NEVER go wrong with books. Aku boleh guna duit yang mama abah bagi untuk beli sepasang kasut Adidas yang boleh beli TIGA buku teks. So-- I don't think the that-book-is-too-fringgin-expensive-wth-excuse is reliable. 

My mom would kill me for that.

Seriously.

Memang, aku akui, ada sesetengah lecturer tu-- suruh beli buku, padahal tak guna pun. NOT EVEN ONCE! I have few books yang terlibat. Tapi bila fikir balik-- perangai nak tunggu lecturer suruh bukak buku baru nak bukak ni, sendiri yang buat. Lecturer tak ajar pun. Muehehe..

Lagipun, aku selalu teringat apa yang lecturer aku selalu pesan dulu. Can't recall when (diploma or degree), lecturer selalu kata-- ianya adalah satu KESALAHAN untuk kita photostat any page from the text book WITHOUT the author's permission. Kalau kena tangkap-- siappp! Dan kalau tak silap aku, Dekan Fakulti dah pernah pesan dulu-- kalau kantoi kau ada buku yang dicetak secara 'rompak', akan dikenakan tindakan. Hmm..

Lecturer dalam kelas tadi pun ada cakap--

"Sesiapa nak pinjam buku saya-- boleh. Tapi awak kena salin la. Tak boleh photostat."

See!

Aku ni, bukannya poyo sangat as if tak pernah beli barang cetak rompak. Brooooo... Kau ingat lagu-lagu dalam MP3 aku tu, aku beli ka? Drama-drama, filem-filem dalam external hard disc aku tu, aku beli ka?

Heck no.

Cuma... Walaupun tak secara total-- at least, aku mulakan dengan sumber ilmu aku tu. Lagipun-- benda kan dah selalu kena pesan. Kalau dengar dan tahu, tapi buat tak tahu-- macam tak sedap pulak rasa hati ni.

Kan?

Makanya--

"Aku kan skema, sebab tu aku beli."

Itu ja jawapan yang aku bagi lepas 'awkward silence' moment pagi tadi.


21 March 2014

LIKE-phobic

assalamualaikum~ :)

Kalau yang kenal aku, must have known yang aku bukan jenis yang main Facebook. In fact, I've just signed up for it few months back. Itupun atas alasan kerja. So walaupun sekarang ni kerja dah siap, aku biarkan saja lah akaun tu terus hidup. Tak luak mana pun.

:)

Aku masih aktif dengan Facebook. Aku bukak all the time. Baca apa yang korang upload. But never upload any. Sebab ada Facebook ni bahaya. Di zaman semua benda tak kena sikit terus nak post ni, memang panas punggung jugak lah menahan diri dari 'meluahkan perasaan' kat situ. Hewhew..

After yearsssss of ditching Facebook, bila dah sign up balik, macam-macam benda baru jugak aku nengok situ. Update status 24/7 as if it is Twitter, tu dah biasa. Dari dulu pun sama. Hahaha.. Hashtags, nampaknya Facebook pun dah cater dah. Okay la tu. Daripada ada orang semangat ber-hashtags bagai, padahal non-hadoooo..

:D

Of all things kat Facebook, satu ja aku tak paham.

WHAT'S WITH THE LIKE DUDE???
Ayat-ayat macam 'kalau anda sayangkan Islam, sila LIKE'. Or... 'Jika gambar artis mampu terima 1000 LIKES bagaimana pula dengan gambar kebesaran ini?'. Yang latest, 'If you love your mom, LIKE'.

What-- the hell was that?

Hmm.. Call me whatever, tapi kasih sayang aku, atau ambik kisah aku, bukan terletak pada benda alah LIKE tu. It is just a LIKE, for God's sake.

And I love my mom. Tak LIKE, maknanya tak sayang ka? Kalau aku tak ada Facebook? Tak boleh nak LIKE, cemana?

-,-"

Duhh...

14 January 2014

Perkara yang lelaki malas nak ambik pusing, tapi penting!

assalamualaikum~ :)

Remember when I posted about our pre-graduation night last month? Oh well. Actually something came up, and I wanted to share it with you guys. Cuma... By that time, masa tak mengizinkan sangat. No. 'Kerajinan' tu tak mau menjengah, hence the story comes a month later. Hihihi.. ;)

Masa dinner malam tu, I sat next to this one guy friend of mine. Since we cannot move from our table, we had a minor chit chat session. Then aku cakap kat dia,

"Kesian X (bukan nama sebenar). Dia bengang gilaaaaa ada orang pakai baju SAMA dengan dia. Haha.. Kesian. Dok nyorok belakang pentas tu tadi."

And that guy friend of mine said,

"Apasal eh, orang perempuan risau sangat kalau ada orang pakai baju sama dengan dia?"

Dang!

That's when I paused for a few seconds.

This guy sureeeeeeee have no idea on how the girls' world work, no?

Hahahahaha!! Yang paling tak boleh blah, muka dia masa tanya tu, bukan main suci habis! As if dia memang ikhlas bertanya dan hatinya suci betul dari segala idea berkaitan soalan. Haahahahah!!

Well... I explained to him,

"Perempuan tak macam laki. Perempuan ambik masa laaaaaaaama sangat untuk decide apa yang dia nak pakai sebelum keluaq. Especially, dinner. Masa dia nak beli baju, dia kena pikiaq tudung apa, kasut apa, handbag apa, aksesori apa dia nak pakai. And cuba hang bayangkan, lepas dia spent sooooo much time on those things, tiba-tiba dia pi dinner, ada orang pakai sama dengan dia. THE EXACT SAME piece. Itu, sama ada dia rasa yang dia punya taste tu tak rare (though she took a lot of time on deciding), ataupun dia risau orang yang pakai sama dengan dia tu, akan berjaya gayakan baju tu lebih baik dari dia."

Geddit???

Then he said again,

"Orang perempuan senang je pun nak pakai apa-apa gi dinner. Orang laki lagi susah. Tak tau nak pakai apa."

And I was like, whaaaaaaaaaaat the heck? Dangsyin michyeoss-eo?

Haaaa.. Kan aku dah tak semena mena pi translate 'are you crazy' ke Korean tu... Sheeeeshhh...

Took a verrrrry deep breath before telling him this,

"Apa yang susah? Orang laki la yang paaaaaaaaaling senang nak pi dinner. Put on your white kemeja dengan black pants. Tuck the shirt in, get your hair a very clean cut, and thereeeeeee you go. Dah handsome. Kalau nak extra handsome, fix some tie/bow/blazer/jacket/suspender on. Fuh. Terussssss handsome."
Like this. Contoh yang kawan-kawan aku pakai ni. 


 
Dia diam. Dan cakap,
 
"Yeke?"
 
Blerghhhhhhhh...
 
-_____-"
 
Trust me. Lelaki ni senang ja kerja dia. Get your hair done properly. Aset utama lelaki, bagi aku, adalah rambut dia. Kekemasan rambut lelaki, melambangkan kekemasan diri dia. Jambang/janggut/misai tu, bagi aku, tak akan mencacatkan kekemasan sang lelaki. Sebab itu added value depa. Lagipun, bukan semua orang tak handsome bila bermisai. Bukan semua orang nampak smart bila berjanggut. It depends.
 
And guys, your only accessory is, your watch. Well, I like guys with big watches. Sebab, to put on a big watch, you must have big arms. Me loikeeeee... Fuh. *imagination runs wild*
Hahahahah!!