Showing posts with label life plan. Show all posts
Showing posts with label life plan. Show all posts

17 June 2014

To My Younger Engineer-To-Be Sisters and Brothers

assalamualaikum~ :)

Meh sini akak ngko nak nasihat sikit.... Kalau terasa gatal-gatal nak ambik engineering (civil to be exact), ngko ambik je lah. Jangan dihirau susah ataupun tak. Kalau effort tu ada, insyaAllah the degree will be in your hands. Contoh terbesar, ni, yang duk menaip ni. Pemalas, tak berbakat, tiada minat, suka tidur, malas membaca dan menghafal, tapi tadaaaaaaaaa! Tengah ambik engineering master program dah.

Puji *cough* diri *cough* sendiri *cough*.

Lulz.

Minat tu akan datang bila ngko tengok kawan-kawan semua skor setiap semester padahal ngko suck big time every semester. Dari situ, effort akan datang sebab malu kalau malas dan fail, nanti kena pi graduation ceremony sorang-sorang sebab semua kawan dah grad semester lepas. 

:')

Boleh, kalau nak ambik engineering program sebab minat. Tapi jangan bergantung kepada minat semata sebab minat manusia boleh berubah setiap tahun, mengikut musim dan keadaan semasa (rujuk penaip). Mihihi.. Lagipun, kalau nak pakai minat semata, ceh. Tak payah tipu lah. Siapa ja minat nak membaca dan menghafal kalau dah masuk engineering courses ni kan? Tapi ituuuuuuuu la yang ngko kena mengadap nanti. To be completely honest, reason utama aku ambik engineering program ni, adalah kerana aku sukaaaaaa mengira! Love calculator like crayyyyy.. Bahaha.. Over jap.

Lagipun, maybe dulu aku kurang terima pendedahan on courses available in university. Kalau adik-adik rajin, boleh la browse through every courses available dulu, sebelum buat keputusan. Mana la tau, tetiba eh ada kos yang lebih best rupanya! Hihi.. Dulu masa sekolah, aku cuma tau ada kos perubatan, kejuruteraan dan perakaunan. Lulz. Noob nauzubilah! Janganlah jadi macam yang duk taip ye adik-adik! Pastu masa tu semuaaaaa pilihan isi engineering. Civil lah, electrical lah, electronic lah, mechanical lah. Janji engineering. Minat Maths lah kunun. Last sekali tu baru isi Hotel management, sebab dah tak tau nak isi engineering apa lagi. :')

Alhamdulillah, walaupun terasa ralat dan macam tertipu sikit sebab rupanya Civil Engineering sangat meluas skop dia and mana ada mengira ja hoi menghafal pun banyak! Tapi aku berjaya jugak menempuhi onak berduri sebagai pelajar engineering untuk diploma dan degree. Alhamdulillah.

Cuma nak pesan, kalau dah nak ambik civil engineering tu, janganlah nak buat perangai teruk takut matahari, tak suka berpeluh jadah tu. Mintak dijauhkan lah ye. Pastu kalau agak suka pakai cantik dress menda tu semua, harap lupakan lah ye? Jangan pulak nanti dah masuk, pastu complain asyik kena berjemur panas buat kerja berat, because that's what engineers do. Nak glamour, kat kampung boleh la kalau setakat nak bagitau nenek dah jadi engineer. Tapi kerja dia, langsung tak glamour okay. Serius. Hitam. Berkilat.

Aku dah rasa masa raya tahun lepas. Hitam. Pastu kena pakai baju kuning. K.
Ni masa melawat tapak asrama kolej UiTM Puncak Alam.

Ni masa gi Tebrau, melawat bangunan apa tah nama dia ni. Structures dia mostly guna timber ja. Lawa!

Ni masa kat Subang. Site untuk kondo.

Ni masa pi Jambatan Kedua Pulau Pinang. Sebelum siap.

Ni masa pi tempat bancuhan tar jalan tu.

Seronoknya civil engineering ni, ngko dapat exlore semua benda. Makanya, lawatan tapak pun banyakkkk macam kat atas tu. Tu sepanjang aku degree. Belum kira diploma, belum kira master. Belum kira site visit assignment. Fuh. Visits! Visits! Visits!

Pastu kalau dah pilih engineering, janganlah takut untuk bekerja sebagai engineer. Jangan jadi macam yang duk menaip ni. Penakut. Sebab tu sambung belajar sampai master. Adalaaaaaa serupa Wan dalam Jodoh 2 tu punya perangai. Bahahahaha!!

So, make up your mind kids! Kalau ngko rasa ngko adventurous macam iolls, redah jeeeee! Dalam hidup ni, bukan asyik nak kena main di zon selesa sendiri. Kadang-kadang kena keluar dan cuba benda baru jugak.

:)

Aku buat post ni, sebab aku perasan entri aku on Subjek Pembunuh tu, paaaaaaling banyak orang nak view. Bagus betullah budak-budak ni buat research dulu sebelum nak sambung belajar. Bagus. Aku dulu main hentam ikut naluri keibuan hati aku ja. Nasib baik masa tu aku tak rebellious sangat.

Nasib baik.


27 March 2014

The Best First Week!

assalamualaikum~ :)

Hari tu masa pi pejabat untuk setelkan borang MyBrain, Timbalan Dekan FKA a.k.a my daddy (haha sebab dia supervisor FYP aku for a year!) asked--

"Macam mana study? Okay?"

Hmm.. Aku pun tak tau nak jawap cemana. Kelas baru mula seminggu kot! SEMINGGU. Nak kata susah-- kejadahnya susah baru nak 'panaskan enjin' ja. Haha. Nak kata senang-- takut pulak kang aku menyesal di belakang hari. Fuh. Easy question, but with complicated answer scheme.

-,-"

To be honest, all my classes went well. Some of my friends duk tanya-tanya-- 

"How was class?"

"Susah tak?"

"Best tak?"

"Kena buat kerja group lagi ka?"

"Ada assignment dah?"

"Hang ada kawan tak?"

Haha! Silly friends. Kadang-kadang tersenyum sendiri bila kawan-kawan tanya macam tu. Well... Orang lain semua pakat kerja. Paling cikai, jadi suri rumah sepenuh masa. Aku sorang ja yang semangat, tak serik-serik mengadap group discussions and ASSignments yang bersepah.

So-- sebagai the only student, haruslah kita menjawap segala persoalan yang terlintas mahupun melintas kat akak-akak engineers dan housewives kita tu semua. Tak gitu? Hiks~
Adila le Student is at your service!

Kelas malam semalam, Operation Research (macam Numerical Analysis-- basically Maths), was a FOUR hours class. Tapi-- memandangkan ianya Maths, sumpah tak terasa masa itu emas. Tau tau ja, kelas dah habis. Peh. Peh.

Macam biasa, dalam kelas aku ada ramai working engineers and lecturers. And dalam kelas malam semalam, ada sorang Ir sesat. 

BAYANGKAN KAUUU BUDAK KELAS AKU ADA Ir!!!

Harus cari, dan berbuat baik padanya. Mana la tau-- untung-untung dapat apply kerja kat tempat dia nanti. Muahahahaha!!

You see-- memang nak jadi engineer, Master tu tak penting. Because experiences are all that matter. Well, I know that. I'll be an engineer too if I'm not here-- as a student. Cuma-- tak salah kalau aku nak sambung lagi lepas habis Degree tu. Padahal-- sambung sebab takut nak kerja.

-,-"

Sekarang-- kepala otak dan ingatan aku masih fresh. Walaupun macam dah lupa ja apa yang kami duk belajaq masa Degree tu (biasalaaa student), at least bila lecturer sebut-- masih boleh recall. Nampak jugak la bayang-banyang dia. 

Trust me-- dalam kelas aku tu, simple calculations pun depa boleh silap. Walaupun some of them are lecturers. Sebab masing-masing dah lupa. Dah lama tinggal. Even aku dengan Afzan pun tergelak sama sendiri bila kami dapat buat benda tu sat ja, but others take hours. Sebab tu mama selalu kata--

"Belajaq-- selagi duk ingat semua benda. Nanti dah kerja-- payah nak sambung belajaq dah."

Macam kelas semalam, aku tersenyum sendiri bila akak-akak kat depan yang dah almost cecah 40-an tu, asyik pusing belakang untuk tengok/tanya pasal jalan kira kat kami. Bukan nak memerli.

Cuma....

Aku terbayangkan diri aku-- yang sekelas dengan semua orang yang dah berjaya, but still can be the one to be looked for-- for an answer.

:)


23 March 2014

Sumber Wang

assalamualaikum~ :)

Hmm.. Now that I'm furthering my study, think I might need some money for that. Source of money. Hmm.. Sugar daddy-- skipped. Kang terlebih-lebih pula financial support aku. Kakaka..

PTPTN-- skipped that too. Daripada aku pinjam kat PTPTN, baik aku buat loan kat parents aku. With zero interest, of course. Hewhew.. Lagipun masa degree dulu, dah pinjam sampai RM17.5 k. Kalau tambah lagi, jenuh la. Nasib masa diploma dulu aku tak ambik. Phewww...

Mula-mula, aku ingat nak ambik Yayasan Bank Rakyat. Siap semangat dah pi bukak akaun Bank Rakyat masa cuti tu. Lepas tu, dapat tau yang mungkin supervisor aku nak upah jadi Research Assistant (RA) dia, so insya'Allah every month akan dapat elaun RA. So, Yayasan Bank Rakyat-- skipped.

Lagipun, sebelum dapat tawaran tu, abah dah cakap, dia dengan mama yang akan support throughout my master program. Haha.. Dari kecik sampai besar, tugas aku-- spend my parents' money.

T.T

Then bila dah sampai Shah Alam, tetiba supervisor aku cakap, sekarang, dah tak boleh upah student yang ambik coursework untuk jadi RA. I was like, whaaaaaaaaaaaat? Then dia risau, takut aku tak ada financial support throughout the program. Huhu.. You see.. Memang la aku tak ada masalah duit untuk sambung master. Kalau dapat elaun RA tu, aku nak buat duit poket ja. Duit shopping. Takkan la itu pun nak mintak kat mama lagi kan? Selfish gila kalau macam tu.

-,-"

So now, aku kena fikir cemana nak generate duit poket a.k.a elaun shopping aku. Huahuahua.. Teringat pulak bila abah ada cakap,

"Pi la kerja kat pam-pam minyak kat Shah Alam tuuu.."

-____________-"

Kat Shah Alam ni, semua pam minyak, orang Nepal yang jaga. Sampai hati abah aku........

Hahahaha!! Siot. So, last time my friend told me about this MyBrain. Biasiswa yang kerajaan tawarkan untuk pelajar yang sambung Master dan PhD dalam negara. Kira okay la. Sebab depa support yuran pengajian. Asalkan jumlah yuran sepanjang pengajian tak melebihi RM10 k. At least, aku tak payah nak kikis parents aku dah untuk yuran. Well.. Yuran aku, almost RM1.5 k jugak la untuk satu semester.

Bagus jugak bila dia bayarkan yuran, instead of giving us the money. Biasalah kan budak Melayu ni... Dapat duit, first thing, ke LOL-yat (Lowyat).
Sesiapa yang berminat, boleh la usya SINI. Kalau tak silap, depa tawarkan untuk 5000 pemohon. Tapi sekarang cuma ada 2000++ pemohon ja. So, why not? Insya'Allah kalau ada rezeki, dapat.

:)

So sekarang ni, kena setel permohonan MyBrain. Hopefully dapat la. Banyak plan semester ni hoi!! Dah apply summer camp kat Jerman; untuk sebulan. Lepas tu, class trip ke Bangkok lagi. Banyak duit nak guna hoi. Hahaha..

Hopefully-- semua application aku semester ni, dapat.

Amin......

:)


08 November 2013

What A Graduated Engineering Degree Student Must Do

assalamualaikum~ :)

Last Wednesday, representatives from The Institution of Engineers, Malaysia came to our faculty to give a talk on preparation towards being a professional engineer (PE), untuk dapatkan 'Ir' tu.

Talk tu best. But somehow bagi aku headache jugak. Rupa-rupanya, susah jugak hoi nak dapat pangkal nama Ir tu. :')


Route to Member of Institution of Engineers Malaysia and Professional Engineer Status

So, yang kat atas ni, aku dah ringkaskan lah. Saja ja nak show off kat ampa semua, betapa susahnya nak dapat gelaran dua huruf tu.

Ir, Ingenieur. A problem solver. If you are a problem maker, instead of a problem solver, you are not an Ir. Geeee.. Berfikir tentangnya pun, dah stress. :/

All requirements needed to be an Ir have been highlighted throughout the 2 hours talk. Semua engineering degree graduate yang berniat untuk jadi engineer, you have to register yourselves under these two; Institution of Engineering Malaysia (IEM) and Board of Engineers Malaysia (BEM). Macam kami hari tu, depa bagi borang untuk isi. Kalau nak isi online pun boleh. Dan akan ada registration fee and membership fee.

Once you graduated with accredited degree and registered under IEM, you are entitled to use 'Engr' in front of your name.

As in, Engr. Nur' Aadila Kaman.

Gittewwww.. Hihihi.. Nak kahwin nanti, nak suruh lafaz akad include 'Engr' ni, boleh? Lulz.

Memandangkan engineering degree under UiTM is recognized by IEM and BEM, we are allowed to register under IEM, walaupun kami belum dapat transkrip. Maknanya, daftar ja. The moment we graduated, dah boleh jadi corporate member. Hebat kan? ;)

But in order for you to get the 'Ir', you engineers need to fulfill those requirements outlined above. Minimum 3 years of experiences in design, construction and management, training record (log book) and course attendance (talk, seminars) for 60 hours. Besides, kau kena ada seorang PE untuk supervise semua tu.

Once you've fulfilled those requirements, kau dah boleh pergi Professional Interview yang akan dijalankan oleh IEM. Dalam masa yang sama, kau akan kena ambil exam, which consists of 2 essays (in either English of Malay). Basically, exam ni, depa akan test mostly on your language use in terms of technical. Speaker tu cakap, no matter how good you are in English/Malay, bila nak tulis technical essay, tak ramai yang mampu buat dengan baik. So, you better not overestimate yourselves fellas!

Phewww.. Hari tu lecturer aku ada cakap,

"Kami, kalau interview, kami akan tanya, sampai awak tak boleh nak jawab dah. Ramai engineer yang kena ambil exam berkali-kali sebab asyik gagal, walaupun diorang dah banyak pengalaman."

Sheeeeeshhh.. Psycho gila! :O

So... Ni semua, apa yang aku dapat masa talk tu lah. Sebenarnya, panjang lagi ceritanya. Tapi aku pendekkan ja, memandangkan aku pun bukannya tau sangat. Main taip ja apa yang aku paham. Hihihi.. :P

Next week, fakulti aku akan adakan temuduga untuk pelajar yang berniat untuk kerja selepas tamat degree Januari depan. They've invited quite a number of companies for that. Mana-mana pelajar yang berminat, boleh bawak resume dan pergi interview tu.

Aku? Malasssss lah. Nak belajar. Nak tua sebab belajar. Nak belajar sampai tua. Hahahaha!! :P

Ni, aku bagi contoh draf resume yang kawan aku upload kat Facebook. (cewah, semenjak ada Facebook ni.....)
Boleh lah kalau nak buat rujukan. Contoh tak nak lawak gilababeng pulak kawan aku ni kan? Hahaha! :D

01 November 2013

One Step Closer

assalamualaikum~ :)

Just came back from my lecturer's room. My future supervisor for my master, Insya'Allah.

So.. Selepas more than half an hour of discussion, I decided to go for coursework, instead of research work.  Terbang lagi RM50 aku beli nombor pin. Hewww...

She insisted on me taking coursework instead, sebab dia kata, buang masa ambik research. Lambat habis. Haha!

Memang pun.. :P

And she... Even suggested me to further my master abroad.

ABROAD.

I repeat,

ABROAD.

Hmmm.. Not that I haven't thought bout it. I even Google-d bout it few times. Tapi, ketakutan untuk survive sendirian, di tanah asing, membunuh niat suci murni aku tu. :'(

But then, she told me this,

"Kalau niat awak baik, betul, nak pergi sana untuk belajar, Allah akan permudahkan semuanya."

And that, has already made my day!

...........................................................................

But.......

Aku baru nak try usya. Kalau tak ada rezeki pergi luar negara dan bawak balik suami mat saleh, aku sambung ja kat Malaysia. No biggie. God might have bigger plans for me here.

Janganlah kerana post ini, kalau ada sesiapa nampak aku berkeliaran di Malaysia tahun depan, terus nak halau pulak. Lulz. :P

21 October 2013

Confession of A Confused Undergraduate

assalamualaikum~ :)

I was in the class, talking to Spark and Afzan. Our lecturer wasn't around the whole day (Thank you, Lord), makanya......

Bergosiplah kita! Haha.

Though Afzan and Spark are both guys, I always enjoy our gossip session. :D

Okay. Kembali ke cerita asal. So.. Masa tengah sembang, tiba-tiba si Afzan keluar cerita pasal sambung master. Which suddenly buat aku terkejut sebab tempoh permohonan untuk sambung master will end this month. Dari hujung bulan lepas lagi dah buka. Tapi memandangkan aku noob, anti sosial, blablabla, makanya.... Aku baru tau tadi.

YEP. Baru tau tadi. :/

Sebenarnya... Aku still confuse, apa aku nak buat selepas graduate Januari depan. But then, since I'm nowhere near in getting married, and I'm still afraid to go and work as an engineer, so..... I guess, I should just go further my study.

Cuma, berita tadi macam tiba-tiba. TIBA-TIBA.

Tiba-tiba aku nak kena decide nak sambung kat universiti mana.

Tiba-tiba aku nak kena decide sama ada nak by coursework or by research.

Tiba-tiba aku nak kena decide untuk ambik major apa.

Semuanya tiba-tiba. And I only have nine days left to decide. Arghhhh.. Mengapakah segalanya sungguh tiba-tiba?? T______T
Tapi tadi Afzan ajak aku ambik environment, so kami boleh buat research sama-sama, di bawah supervisor yang sama. But then, minat aku lebih cenderung ke arah transportation and highway. But then then, lecturers under transportation and highway department, semuanya otaitaitai.. Pesen high expectation melampau. Which is scary. But then.......

Geeeeeeee.... Sooooooooooo many things to figure, yet sooooooooooo little time!

And to you future husband, if, okay, if I decided to go by coursework, I hope you'll still accept me at my late 20's. That's all. 

Kbai.