12 April 2011

pesanan untuk diri sendiri dan mereka

assalamualaikum~ :)

pesan kepada mata,
jangan lihat atau perhati benda-benda yang tak baik.

pesan kepada telinga,
jangan dengar atau percaya kata-kata yang tak pasti.

pesan kepada mulut,
jangan cakap atau sampaikan cerita-cerita yang tak benar.

pesan kepada tangan,
jangan ambil atau pegang harta benda yang bukan hak sendiri.

pesan kepada kaki,
jangan pergi atau melangkah ke tempat-tempat yang tak elok.

pesan kepada hati,
jangan rapuh kerana cinta,
jangan lemah kerana lelaki,
jangan lembut kerana ditabur kata-kata manis,
jangan hitam kerana hasad dengki,
jangan rosak kerana rokok,
jangan tersumbat kerana lemak berlebihan.

fuhh. banyak pulak pesanan untuk si hati. tahu kenapa? sebab antara semua organ dan anggota tubuh kita, hati lah yang paling lemah. sakit di mata, boleh nampak ketumbitnya. sakit di mulut, kelihatan ulsernya. sakit di kaki, bengkaknya boleh dilihat. tapi, sakit di hati? siapa boleh nampak lukanya?

orang selalu guna ayat-ayat drama macam "hatiku ditusuk sembilu", "kau lapah hatiku tanpa belas", "hatiku pecah, hancur berderai, musnah ke lantai" dan bla bla bla. even Englishmen used "you broke my heart". kan?

well, how can others break your heart when they can't even touch nor see your heart? drama gila orang dulu-dulu buat perumpamaan. hiperbola tahap apa tah lagi. toreh lah, lapah lah. macam daging lembu pulak aku nengok. jiwa-jiwa lah depa ni. hehe..

bagi aku, tak perlu anggota fizikal yang kuat, gagah perkasa, kalau hati selembut kek span. sekali aku tekan, dah penyek. weh, kalau kau lemah, tak salah mengaku pada kawan-kawan. you don't have to act tough pal. because I know you very well. :)
untungnya pada yang berhati kering.

11 comments:

rosdud said...

saya setuju :)

AdilaKaman said...

fatin nabila : harus lah setuju. :)

akema yazid said...

ye,aku mengaku.. :P

qinaysf said...

byak psanan tu,tpi pesanan pd hati tu mmg ptut sgt lah,peringatan utk dri sye jgak..btul kte awk,hati yg plih lemah..btw,nice entri:)

jom join UBM:
UBM yang PERTAMA di MALAYSIA | sesi orientasi

AdilaKaman said...

kuma : mengaku? HAHAHAHAHAHAH.. pelik. :P


qina : terima kasih. :)

aLya maNip said...

nak gak hati kering..senang cite..hehe

AdilaKaman said...

aiya : sama la kita. -,-

halEEm said...

kalau jantung lemah dek pam x kuat.. haa...

AdilaKaman said...

haleem : jantung sapa yang tak kuat sangat tu? HAHAHAHAHA..

nabila izyani said...

wah suke entry dylli ni =)..


ceq hati tisu..haha

AdilaKaman said...

bella : hati tisu??? HAAHAHAHHA.. awat teruk sangat? lembut bebenor. :P