08 April 2011

Siti Jurutera

assalamualaikum~ :)

hai. nama I Siti. panggil saja I Siti. bukan I-City okay. no, no, no. jangan la panggil I Sasha ka, Natasha ka, Fasha ka, Scha ka. panggil Siti ja. okay? HAHA.

I adalah seorang jurutera yang berjaya lagi berkaliber. *masuk bakul angkat sendiri* sebab tu dari kebiasaan kata ganti diri 'aku', dah tukar jadi 'I' untuk hari ni. hari ini saja okay. huhu.. bidang kuasa I adalah segala yang bekaitan dengan AIR. oleh kerana I ni seorang jurutera yang sangat berkaliber, memang I pulun lah, both water and waste water engineering. jurutera lain tak boleh ambik dua major. I saja yang boleh. dah nama pun berkaliber kan? HAHA.. tak percaya? I ada buktinya. today I went to both water treatment plant in Timah Tasoh Dam and waste water treatment plant in Bintong. HAHA.. *gila pulun* -,-
eh. tersilap gambar pulak. kantoi, jurutera menggalak di tempat kerja. maafkan I. seorang jurutera berkaliber, tak sepatutnya berkelakuan sebegini di loji. :D
hah. ni dia gambar yang betul-betul. I was actually looking at the tank with filtered water after the sedimentation process ended. masa ni, ada kat Timah Tasoh punya pusat rawatan air, di bawah seliaan jabatan yang paling banyak cuti, iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR). *sebab depa kerja RAYA ja*

we were not allowed to wear shoes, so those colourful stripey I was wearing is actually my socks! -,-

proses pengentalan (flocculation). and these are the flocs.
kalian yang suka minum air paip tak masak dulu, atau yang suka buat ketulan ais menggunakan air terus dari paip, atau yang suka minum air kat kedai dan pasar malam, SEDARLAH BAHAWA KALIAN BERADA DALAM BAHAYA! huhu.. nampak kat atas ni? itu bukan najis ya kawan-kawan. itu lah benda asing yang ada di dalam air kita. sedap kan? aumm.. HAHAHA..

chop! I acah je. pakcik tadi kata, air yang kita dapat dari paip air rumah kita tu, sememangnya bersih! melalui segala piawaian. tapi! haa. ada tapinya. kita DIGALAKKAN untuk memasak, atau sekurang-kurang menapis air yang kita minum tu. bukannya rugi pun. duk rasa lagu tu jugak. kalau tiba-tiba tapis, air rasa tak sedap, logik jugak kalau kita tak nak tapis. ye dak? :)
setelah I selesai 'menyelia' pusat rawatan air tu, I dibawa pula ke kawasan empangan untuk meneruskan kajian. cantik kat sini. cuba tengok mereka-mereka yang semangat naik kat laluan atas pintu empangan tu. disebabkan I seorang jurutera berkaliber, I memang tak sempat ah kan nak lepak macam tu. bajet sibuk lah katanya. :D

haa. tengok muka penat. sampai terbakor mak! T_T
selesai dengan air bersih, kita pi tengok air kotor pulak. kali ni, kita pi loji taik. yang ni, di bawah seliaan Indah Water Konsortium (IWK). technical assistant (TA) kat sini, semua muda-muda. tahap ke'ganteng'an di paras memuaskan. kiranya, bau taik sanggup ku tahan jikalau bekerja dikelilingi orang kacak! gitewwww.. HAHA..
kat bawah ni, ada taik. kalau jatuh, jadilah taikman! ^_^
sepanjang kat loji ni, tak ada pun bau yang sampai tak tertahan dek hidung baunya. kira boleh blah la. taik yang fresh, tak dapat dikesan. sebab yang kami boleh nampak, hanyalah taik yang dah bercampur dengan air dan seolah-olah dikisar-kisar ala-ala chocolate ice blended gitewww.. pergh. layan. HAHA..

HAHA.. sekian saja, diari I sebagai seorang jurutera yang berjaya untuk hari ni. hari ni saja I jadi jurutera berkaliber. esok, I dah jadi jurutera tak ketahuan hala. HAHA.. keseluruhannya, site visit ni sangat menarik! walaupun ianya sangat menghitamkan I yang sedia hitam ni. tsk. penat-penat I berkurung dalam bilik sebulan. yang tak menariknya, depa tak bagi pun kami bawak balik cenderahati ka, cenderamata ka, cenderakaki ka, cenderaperut ka. kalau dapat barang sekilo dua sludge untuk buat mask atau skrub muka, sedap juga. HAHA.. :P
ada orang buat aku bebebebebebebebebetul marah!
sampai gagap, sebab marah sangat.

5 comments:

Encik Psychopath said...

civil ke ?

AdilaKaman said...

encik psycopath : yes, haruslah civil kalau buat kerja-kerja macam ni! ^_^

Amir Syahir said...

bergambor je teje..ihiii

aLya maNip said...

waahh..seronok boleh gie site..hehe
lawat loji air lagi..heee

kata kila said...

meh keje dgn kila meh.bab civil2 ni :P