16 July 2011

confused confession

assalamualaikum~ :)

pheuu.. di sini saya nak buat sedikit pengakuan. confession orang putih kata. orang hitam kata apa, saya tak tau lak pulak. huehuehue.. =.='

saya bukanlah anak yang baik.

saya tak tahu memasak. bila tolong mama goreng ayam atau ikan, saya campak dan lari sekuat hati. takut minyak panas. bila tolong alihkan ayam atau ikan goreng, saya akan memanjangkan tangan sepanjang-panjangnya. -,-

saya seorang yang cerewet bab-bab makan. ikan tak makan. kalau mama masak gulai ikan temenung/kembung, mesti saya emo. lepas tu cakap macam ni, "mama, hari ni angah makan nasi rasa sedih gila." heuuu.. nak makan ayammmmm ja. jadi, kepada mana-mana anak tokey ayam, boleh lah try saya. insya'ALLAH kita kan bahagia. huhu.. -,-

saya tak tahu pesiang ikan. buang isi perut ikan, failed. potong ayam pun tak reti. Tesco, kamu akan jadi gedung beli-belah kegemaran saya di masa hadapan. sampaikan nak makan salad pun, Tesco dah siap sediakan. tinggal nak tuang Thousand Island je lagi. heuuu.. -,-

saya hanya tahu membasuh baju sendiri pada umur lapan belas tahun. itu pun, sebab saya kena tinggal di kolej masa kat UiTM. kalau tak, agaknya sampai sekarang mama akan basuhkan baju saya. bila dah rasa otai kat kolej, saya gunakan mesin basuh. -,-

sebenarnya, banyak lagi contoh yang saya mampu bagi. tapi, cukuplah setakat ini saja saya membuka pekung di dada. bukannya apa, saya cuma nak meluahkan perasaan sedih ja ni.

MY PARENTS LEFT ME BEHIND WITH A BROTHER TO FEED WHEN I DON'T EVEN KNOW WHAT TO COOK NOR HOW TO COOK!

oh adik, jangan kelaparan. angah mu akan cuba untuk mengisi perut besar mu itu dengan apa yang ada di rumah ni. ehem. kalaupun peti ais penuh, tak reti masak tak guna jugak. ye dak? tsk.
Ayamas Drumet, you saved my life! and yes, I know you will always do. :')

12 comments:

nanad said...

kita sama lah -.- sep sikit!

akema yazid said...

perencah nasik goreng adabi pun oke dah utk breakfest esok..
haha..

AdilaKaman said...

@nanad dia ka? HAHAHA.. cool! :P

AdilaKaman said...

@akema yazid fyi, kereta+moto aku pun tak dak. EX5? memang tak ah! T.T

Anonymous said...

kita sama persatuan HAHAHA.

~ ika popo ~ said...

hahaha..kesian adk2 ko..

AdilaKaman said...

@dylla fadzil 小草莓 welcome to the club! ^_^

AdilaKaman said...

@~ ika ~ manada. adik ja. sorang ja. HAHAHA..

nabila izyani said...

ayat touching tu tak menahan..
nak mintak simpati la tu dylli..haha

AdilaKaman said...

@nabila izyani bukan mintak simpati ah bella. mintak tolong ah sikittttt.. HAHAHA..

ENCIK TIKUS said...

haish habis macam mana nak masakkan nasi dengan lauk keli masak cili api untuk saya nanti ? ;p

AdilaKaman said...

@ENCIK TIKUS keli? omaigod. I tak makan keli! :P