30 November 2013

Nobody

assalamualaikum~ :)

Nobody mess with my girlfriend.
I said, NOBODY.

And I meant that.

29 November 2013

Ruangan Keluhan

assalamualaikum~ :)

Minggu ke-11, 12, 13, segala mak nenek reports, assignments, video and whatnot need submission.

iPad rosak secara tiba-tiba, aku hilang terus sumber internet, terkapai-kapai untuk siapkan kerja, untuk discuss kerja via Facebook, untuk download apa yang perlu.

Went to Apple authorized retailer, they refused to accept my rebellious iPad. They asked me to go to Kuala Lumpur and get it fixed at Apple Service Centre near Midvalley.

Go to KL, send the iPad. One week (minimum) later, go to KL again to pick it up.

Yeah right. I DO have plenty of time for that. 

Sigh.

Tak. Tak mengeluh. Tuhan tak bagi ujian pada yang tak mampu nak hadapi.

Lagipun, this is more like a 'punishment' than a 'test' for a last minute fella like yours truly.
Hujung-hujung semester, kaburrrrrrrrr....

,,,,
<(o,O)>
/  \

24 November 2013

Just Like....

assalamualaikum~ :)

When something you treasure the most, got eaten by stupid virus.

Well... When it was not meant to be, it will never be.
Universe has given me the sign.

Dengan ini..

I let you go, by all means.

22 November 2013

Kau Tetap #1

assalamualaikum~ :)

Current obsession.
Malangnya....

Ku ga punya henpon mahel mau dibuat nada dering.

Ga apa-apa. Lagi diulang aja berkali-kali dalam mobil. Bisa. Bisa. :D

20 November 2013

My Clingy Date

assalamualaikum~ :)

It is 4.40 in the morning. I am still on a date with the love of my life, my Final Year Project 2 (FYP II). Our date started hourssss ago. And this love of my life seems very very very happy with the date we are having that 'he' refuses to leave. Which, urmm.. Let's just say, me is not allowed to sleep just yet. :/

Well....

Tak Melayu lah kalau tak buat kerja last minute, then complain throughout the very-last-minute-night.

Since I am Melayu by blood, I guess....

IYKWIM.


17 November 2013

Lonely Bunnies

assalamualaikum~ :)

I was at my friends' yesterday, to deal with assignments, projects and all. The moment I reached their house, I got superrrrrr excited to see their bunnies in the house!! Too cute to resist! (>o<)

Masa mula-mula sampai, tengok dari jauh ja. Tapi makin lama, makin dekat ke sangkar dia. Sebab comel gila. Gemuk. And.... I've been missing my Tijah very bad (Tijah is my cat, btw). That's why la. :')

My friend, she owns two male bunnies. Kena tipu masa beli, katanya. She wanted a pair. Tapi yang dapat, sepasang jantan. Kakaka.. Kesian gila! Tersiksa batin arnab tu. Mira even called her bunnies 'arnab gay'. Hahahaha!!
Jantan sama jantan pun, nyempattttt....

-______-

Sebab teringin nak pegang, I asked my friend to let one out. Suruh dia tunjukkan dulu, cemana nak pegang. And I was like 'dia gigit tak, dia ada kuku tak, dia cakaq tak' the wholeeeeeee time!

Well... Having a cat doesn't mean I can handle rabbit secara cool. Sebab arnab bukan kucing. Well, obviously. Haha! Lagipun, arnab tu do not seem friendly nor manja langsung. Macam bosan jerrrr, macam bosan jerrr.. :P
Told you, my friend owns two male bunnies didn't I? Well, her housemate owns two FEMALE bunnies. Heh. Masing-masing nak menyiksa batin arnab masing-masing. Hahaha!! So, the moment we let the male bunny out, guess what he did?

*facepalm*

Kan dah cakap? :P
The whole time, I was watching the bunnies eat, move around, eat, move around. Sampai satu tahap, bila kawan aku bagi fresh kangkung to feed them, aku pun main-main lah. Bagi kangkung tu tergantung kat sangkar depa. Motip? Nak bagi depa berdiri lah. ;)
They really stand on two feet to eat you knowwwwww... I'm cleaver, no? :D

There's this one time bila kawan aku tetiba tanya

"Kau tak pernah bela binatang ehhhh?"

Hyper sangatkah aku?

T___________T

15 November 2013

First World Problem; Padahal..

assalamualaikum~ :)

I've been getting so much of these,

"Perempuan sekarang, tak pandang orang lelaki yang tak ada kereta..."

or

"Awek UiTM, semua nak lelaki yang ada kenderaan ja. Tambah-tambah yang ada kereta.."

So... Aku agak kesian lah kat mak ayah korang yang belikan korang motor/kereta untuk kesenangan diri, but you people use it to 'feed' the girl. Yang beli guna duit sendiri tu, lantak engko lah.

You see... Benda-benda yang kat atas tu, aku selalu dengar masa aku belajar kat Shah Alam ja. Masa kat Arau dulu, memang payah ah nak dengar. Tau kenapa? Sebab in Arau, they do not allow couple to ride a bike together. That's why lah. ;)

Aku tak ada lah nak sebelahkan mana-mana pihak. Kalau perempuan tu demand, nak yang ada kereta/motor ja, sedangkan kau tak ada, TAK PAYAH lah nak susahkan diri. Banyak lagi orang lain. Senang cerita, macam aku yang tak suka lelaki merokok, so, aku tak cari lelaki merokok. Hence, perkara macam 'awak ni bila nak berhenti merokok, saya tak suka lah orang merokok' will never arise. Never.

YOU, make the choice.

And one more thing...

Let me tell you this,

SELALUNYA PEREMPUAN YANG DEMAND NAK LELAKI BERKENDERAAN, DIA SENDIRI PUN TAK PUNYA APA-APA KENDERAAN, WAIMA SEBUAH BASIKAL SEKALIPUN.

So... Aku tak nampak mana ruginya korang kat situ. Hahaha! Macam aku, I have my own motorcycle, and my dad lend me his car, so I don't think having a boyfriend, with or without car/motorcycle should be a problem to me! ;)

Aku ingatkan sekali lagi,

THE CHOICE IS YOURS.

Peace. :)

13 November 2013

Badut Retro

assalamualaikum~ :)

You know you have reached your limit when you started to embarrass yourself in the public.
Ini, kalau Malam Pra Graduan tu temanya 'retro', aku dah ada costume ni. Tinggal nak pi beli kasut tinggi doblas inci ja. Hahaha!! Costume la. As in, badut punya baju. :P

12 November 2013

UiTM Job Interviews

assalamualaikum~ :)

So today, most of my friends are going for this.
As you can see from the poster above, there are job interviews being carried out, by now, up to this Thursday at Anjung Seri Budiman, UiTM Shah Alam.

Benda ni open to all final year students and graduates only. Alumni adalah digalakkan.

Majoriti budak kelas aku, dah get ready with their documents (transcript, resume, certificates and all) for the interview. Me? Too lazy to go.

First, sebab aku malas gila nak semakkan kepala dengan nak setel-setel dokumen. Second, sebab aku belum ready untuk bekerja. Rasa macam ilmu masih belum cukup untuk pergi interview. Third, aku tak nak nampak bodoh bila orang tanya, aku tak boleh jawab. Hihihi.. :P

Call me whatever, but that's just how I roll.

Well, some of my friends, they are going for the interview because they really want THAT particular job they are applying. While the other some, only take it as 'mock interview'. As in, sekadar untuk pengalaman bila boleh merasa sendiri macam mana kena interview. They don't even want that job.

Either way, I just want to wish all of them,

GOOD LUCK!

Agaknya dah beebelit-belit lidah depa semua tu semalam, duk berlatih nak cakap omputih. Hihihi.. Itu, belum lagi duk mengarang ayat masuk lif tekan sendiri. Hahaha!! Habis ah depa, berpeluh basah ketiak dalam bilik tu... Kalau nasib tak cukup baik, kena group interview. Lagi ah jenuh! Berebut-rebut nak masuk lif tekan sendiri nanti! :D

Masa untuk gelakkan orang! Hahaha!!

Sebab aku.....

Dah merasa macam mana nak kena group interview, speaking English with three panels in front of you. Masa tu, konon-konon nak apply satu semester pi India lah. Konon.... Lulz. You have nooooooo idea, macam mana cuaknya aku sebelum interview tu. Setengah jam aku bertapa, sorang-sorang di hujung blok. Warna muka dah sebiru warna baju kurung! Hewwww... :'(

But I survived, anyway. Tak dapat pergi tu, tak tau lah sama ada tak berkelayakan atau tak dibenarkan. Sebab masa tu, faculty decided to not send any girls due to safety aspects.

Bila teringat balik, buat stok gelak je lah. :)

So.... To whoever yang berminat, kalian masih ada peluang. Sampai Khamis, okayyyy... Contoh resume, aku dah pernah post kat sini. Resume yang 'traditional way', bak kata Hajar. ;)

11 November 2013

Al-Kisah Kera

aasalamualaikum~ :)

Kelas IDP hari ni, macam biasa, pensyarah kelas sebelah akan gantikan pensyarah kelas kami, encik engineer berjaya yang selalu busy tu. Hewhew..

Remember bout the entry that I posted last few days? Pasal cerita lipas tu? Haaaa.. Lecturer ni lah selalu tolong gantikan kelas.

Ayat win beliau untuk hari ini,

"Tadi Ir Zulfairul suruh saya tolong ajarkan kelas awak untuk design sewerage system. Saya dah tanya student saya kalau diorang ada apa-apa masalah, tapi memandangkan diorang cakap tak ada, baru saya datang sini. So tak ada lah lepas ni ada yang cakap, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Tapi, di sini, saya tak maksudkan yang tuan-tuan ni 'kera' eh? Harap faham eh?"

Followed by one cynical grin.

Yang terpaling sinis. 

-________________-

Lecturer fun macam ni, apasal dah last semester baru dapat eh?

09 November 2013

Foodsbury Cafe, Shah Alam

assalamualaikum~ :)

Food hunting is very fun, especially when you are all by yourself. Tak perlu risau kalau ada yang nak ikut atau tidak. Tak perlu rasa serba salah pada kawan kalau tempat makan baru yang kau nak cuba tu tak sedap or tak up to standard dia. Tak perlu ikut orang, suka hati kau nak balik bila-bila.

Fun! Fun! Fun! *lompat bintang*

Haha! :D

This semester, I've been searching for coffee and dessert places (besides Secret Recipe) like crayyyy... Tak tau kenapa, tapi aku macam craving sangat nak minum kopi mahal dengan desserts/cakes. Poyos gila. Tu belum kerja, dah buat perangai perasan kaya. Sheeeshhh... :/

Masa kat Perlis, aku dah jumpa satu tempat best. I've posted about Blackwood last month. Couldn't expect much lah kalau kat Perlis. But to have Blackwood kat Perlis pun, dah kira bagus gila. Like, hello! Indie coffee place in Perlis hoccayyyy.... ;)

Untuk area Shah Alam, I've been re-visit-ing Old Town White Coffee for ermm.. Countless times already. Sebab dia murah, dan... Betul-betul situated di back gate UiTM. Macam, on the way aku nak balik rumah. Tu yang selalu TERsinggah tu. :P

Kali ni, aku cuba tempat baru. Foodsbury Cafe, nama diberi. In Seksyen 9. Kalau datang dari Seksyen 7 (rumah aku), kau straight ja, sampai nampak Concorde dan Sunway, then take the first junction after them, near Shell. Senang jugak lah aku cari, despite the fact yang aku ni noob gila bab-bab cari jalan kat tempat baru. Sebab.... Aku dah pi Google Map dah sebelum pi. No. No GPS. Aku kan lame. Kakaka.. :D

I went there alone. Teringin gila punya pasal. Asyik tak jadi ja bila nak pi berteman, makanya, loner mode activated. Senang. Siap-siap, start enjin kereta, gerak, terus sampai. Makan. Setel. ;)

Since setiap kali orang upload gambar kat Instagram pun, akan upload menda alah crepe ni, makanya.... Crepe lah yang aku pilih tadi.
Iced Hazelnut Mocha (RM10) with Mille-crepe Almond Salted Caramel (RM12)

Pasal makanan dan minuman, aku bagi 3 out of 5 stars lah kot. Tak pun, 3.5. Sebab mocha dia tak kaw macam yang aku selalu minum di tempat lain, which was cheaper to be compared as this one. In fact, Iced White Coffee kat Old Town yang RM3.90 tu, is wayyyy sedap! Hewhew.. Crepe tu pulak, hmm.. Entah. Maybe sebab lidah aku kampung sikit kot, so, I don't really like it. Macam makan kulit popia, bak kata Hanie si kawan aku yang dah pi tengah hari tadi. Haha!

Aku tak reti makan crepe. First timer. And me no likey. Tapi..... Almond salted caramel yang dia tuang atas crepe tu.... Brrrrr.. Kenapa sedap sangat hoi!!! *nangis*

For price range, quite expensive lah bagi aku. And by this, I mean, mahal lah kalau nak pergi tiap-tiap minggu untuk lepak. Macam aku yang asyik duk TERsinggah ja kat Old Town tu. Hihihi.. Tapi kalau sekali sekala, okay ja. Unlessss... Macam aku cakap hari tu, unless mak ayah kau jenis main campak duit ke muka tu. Okay ja kalau gitu. Hihihi.. Melawak ja nohhh.. :P
Sebelum pi, boleh la kira bajet siap-siap.

Tapi, interior kedai ni memang best! Macam santai gila. Dan tak ada specific theme or whatever. Depa main letakkkk ja macam-macam jenis perabot yang ada. Pastu ada macam-macam jenis board games, kalau nak main sambil tunggu makanan. Patung carrot dan broccoli IKEA tu ada. Buku pun ada. Macam kat IKEA tu. Hihi..

Selalunya kalau korang browse through their Instagram, mesti nampak pelanggan yang akan post gambar dengan lukisan gajah 3 ekor yang tengah minum kopi tu. Cantik gila woh! Memandangkan aku pi sorang ja tadi, I didn't take any photo pun. Malu. Macam noob pun ada sorang-sorang nak pi ambik gambar. -..-"

Kalau rajin, go Google lah. Tak pun, follow ja akaun depa, @foodsbury . Line Celcom lembab nak meninggal, I can show you nothing here. Grrr...

Oh! Lupa nak cakap. Yang paling penting, yes, they provide free wi-fi too!

And unlike most of cafes and restaurants, they do not charge for services. You pay what you eat.

:)

The Story Your Lecturer Tells

assalamualaikum~ :)

We were in the middle of lecture when our lecturer decided to share some story. Asalnya, beliau (skema sangat 'beliau' bagai) cuma nak cakap,

"Tak ada orang gila yang akan cakap dia gila."

Then he ended up, telling us about this one story.

....................................................................................................

Ada sorang ustaz ni, dia pergi bagi talk dekat satu wad gila. Saya tak pasti kat Tanjung Rambutan ke, atau kat mana. Tapi, kat wad gila. Ustaz tu bagi talk kat staf-staf kat sana. Lepas ustaz tu selesai, dia pun nak balik lah. Masa dia sampai kat tempat parking kereta tu, dia nampak satu daripada tayar kereta dia pancit. So, ustaz tu pun bukak la tayar yang pancit tu. Masa ustaz tu duk golekkan tayar ganti tu, dia terlepas tayar ganti tu, and tayar tu golek sampai kat tempat ustaz tu letakkan skru-skru tayar tu. Then, keempat-empat skru tu pun terjatuh lah ke dalam longkang kecik. Ustaz tu cuba hulurkan tangan untuk nak ambik, tapi tak boleh.

Tiba-tiba datang sorang pesakit kat situ, tanya apa masalah kat ustaz tu. Ustaz tu pun cerita lah pasal skru-skru dia yang terjatuh semua tu. Dan dia mengeluh, sebab tanpa skru tu, macam mana dia nak tukar tayar. Kan? Then pesakit tu pun kata, ambik je lah satu skru dari setiap tayar yang lain. So, setiap tayar akan pakai tiga skru. Kan?

Ustaz tu pun kata,

"Betul jugak tu, saya pun tak terfikir."

Sebab dia langsung tak terfikir sebelum tu. Lepas ustaz tu selesai tukar tayar, dia pun tanya kat pesakit tu, macam mana boleh masuk hospital sakit jiwa sedangkan dia nampak macam normal.

Pesakit tu pun kata,  

"Saya tak gila. Siapa kata saya gila? Diorang yang cakap saya gila. Saya tak gila..."

So, untuk memastikan yang orang gila tu tak gila, ustaz tu pun tanya,

"Macam mana kau boleh masuk sini?"

Dan pesakit tu pun cerita...

"Satu hari tu, saya tengah duduk kat ruang tamu. Lepas tu ada seekor lipas lalu depan saya. Dan saya pun tiba-tiba tertanya-tanya, kat mana TELINGA lipas? Saya pun ambik lipas tu, saya buang sesungut dia. Lepas tu saya letak dia atas meja, dan saya tepuk tangan kat belakang dia. Dia lari. So, telinga lipas tak ada kat sesungut dia. Sebab dia dengar saya tepuk, dia terkejut, sebab tu dia lari. So, saya ambik lipas tu balik, saya buang sayap dia. Saya letak atas meja, dan saya tepuk lagi. Dia lari jugak. So, telinga lipas tak ada kat sayap dia. Then, saya ambik lagi lipas tu, kali ni saya buang kaki dia pulak. Semua kaki-kaki dia. Lepas tu saya letak atas meja, dan tepuk. Dia tak lari. Maknanya dia tak terkejut, sebab dia tak dengar saya tepuk kat belakang dia. Maknanya, TELINGA LIPAS ADA KAT KAKI DIA lah saya kata. Kan?"

Hmm..

"Gila rupanya kau ni",

Bisik ustaz tu dalam hati.

...............................................................................................

Hahahaha!! We were all laughing at the ending of the story. Tah papa tah lecturer aku tu. Hahaha!! Siapa cakap engineer selalu serius?

One good engineer must have a good sense of humor. Why so serious? ;)

Yang pasti, memang aku mengeliat macam gila ah sepanjang 'orang gila' tu duk sebut LIPAS, LIPAS, LIPAS.*cries*

-_________________-

08 November 2013

What A Graduated Engineering Degree Student Must Do

assalamualaikum~ :)

Last Wednesday, representatives from The Institution of Engineers, Malaysia came to our faculty to give a talk on preparation towards being a professional engineer (PE), untuk dapatkan 'Ir' tu.

Talk tu best. But somehow bagi aku headache jugak. Rupa-rupanya, susah jugak hoi nak dapat pangkal nama Ir tu. :')


Route to Member of Institution of Engineers Malaysia and Professional Engineer Status

So, yang kat atas ni, aku dah ringkaskan lah. Saja ja nak show off kat ampa semua, betapa susahnya nak dapat gelaran dua huruf tu.

Ir, Ingenieur. A problem solver. If you are a problem maker, instead of a problem solver, you are not an Ir. Geeee.. Berfikir tentangnya pun, dah stress. :/

All requirements needed to be an Ir have been highlighted throughout the 2 hours talk. Semua engineering degree graduate yang berniat untuk jadi engineer, you have to register yourselves under these two; Institution of Engineering Malaysia (IEM) and Board of Engineers Malaysia (BEM). Macam kami hari tu, depa bagi borang untuk isi. Kalau nak isi online pun boleh. Dan akan ada registration fee and membership fee.

Once you graduated with accredited degree and registered under IEM, you are entitled to use 'Engr' in front of your name.

As in, Engr. Nur' Aadila Kaman.

Gittewwww.. Hihihi.. Nak kahwin nanti, nak suruh lafaz akad include 'Engr' ni, boleh? Lulz.

Memandangkan engineering degree under UiTM is recognized by IEM and BEM, we are allowed to register under IEM, walaupun kami belum dapat transkrip. Maknanya, daftar ja. The moment we graduated, dah boleh jadi corporate member. Hebat kan? ;)

But in order for you to get the 'Ir', you engineers need to fulfill those requirements outlined above. Minimum 3 years of experiences in design, construction and management, training record (log book) and course attendance (talk, seminars) for 60 hours. Besides, kau kena ada seorang PE untuk supervise semua tu.

Once you've fulfilled those requirements, kau dah boleh pergi Professional Interview yang akan dijalankan oleh IEM. Dalam masa yang sama, kau akan kena ambil exam, which consists of 2 essays (in either English of Malay). Basically, exam ni, depa akan test mostly on your language use in terms of technical. Speaker tu cakap, no matter how good you are in English/Malay, bila nak tulis technical essay, tak ramai yang mampu buat dengan baik. So, you better not overestimate yourselves fellas!

Phewww.. Hari tu lecturer aku ada cakap,

"Kami, kalau interview, kami akan tanya, sampai awak tak boleh nak jawab dah. Ramai engineer yang kena ambil exam berkali-kali sebab asyik gagal, walaupun diorang dah banyak pengalaman."

Sheeeeeshhh.. Psycho gila! :O

So... Ni semua, apa yang aku dapat masa talk tu lah. Sebenarnya, panjang lagi ceritanya. Tapi aku pendekkan ja, memandangkan aku pun bukannya tau sangat. Main taip ja apa yang aku paham. Hihihi.. :P

Next week, fakulti aku akan adakan temuduga untuk pelajar yang berniat untuk kerja selepas tamat degree Januari depan. They've invited quite a number of companies for that. Mana-mana pelajar yang berminat, boleh bawak resume dan pergi interview tu.

Aku? Malasssss lah. Nak belajar. Nak tua sebab belajar. Nak belajar sampai tua. Hahahaha!! :P

Ni, aku bagi contoh draf resume yang kawan aku upload kat Facebook. (cewah, semenjak ada Facebook ni.....)
Boleh lah kalau nak buat rujukan. Contoh tak nak lawak gilababeng pulak kawan aku ni kan? Hahaha! :D

07 November 2013

Big Brother, Shah Alam

assalamualaikum~ :)

Semester kali ni, aku tak ada kerja lain selain dari cari kedai makan baru di sekitar Shah Alam, dan pergi cuba. So, for this semester, I've tried Sushi King, Old Town White Coffee, JM Bariani House, Wong Solo and Big Brother; the latest addition to my list. Which made quite a list, sebab aku, bukan jenis yang suka pergi cuba makan tempat baru. Takut tak sedap. But since this semester I always be the loner yang bosan duk sorang kat rumah, I rather go and lepak minum kopi sorang-sorang.

Big Brother ni, aku dah lama usya. Read few posts on this kedai makan. Cuma nak tunggu cari geng untuk pi makan ja. Because, you see... This one is western punya kedai makan, so tak payah lah nak nampak loser sangat pi makan western food sorang-sorang kan? Kopitiam is okay. Old Town tu, setakat ni, aku belum pernah pi berteman lagi. Everytime also, alone. Baru hipster. Lulz.

Akhirnya... Semalam sampai jugak. Sampai dengan Geng Monteng Talk aku; Bulat, Spark and Ain. Haha.
Big Brother (BB) ni, serves western food. Kedai dia lawaaaaaaa.. Tapi, ceruk dunia sangat. Sunyi baq hang. Semalam kami lepak lepas Maghrib sampai jam 10 malam, memang tak bising langsung. Romantik nak meninggal suasana dia. Hewww..

Price range dia, aku tak kata lah macam mahal gila, sebab itu standard price for western food yang serve steak bermacam jenis. Unless, kalau kedai tu cuma serve STEAK, price exceeding RM18 dah considered as very expensive. Tapi kat BB ni, kau boleh jumpa macam-macam jenis steak. Sirloin kejadah semua tu. So.... Price range dia.. Standard lah tu. Standard lah. *tunduk ke meja*

Orang kata, setakat nak pi makan satu semester dua, tiga kali tu, boleh la. Nak pi setiap minggu pun boleh, asalkan mak ayah kau jenis tabur-tabur duit kat muka tu. :D

Since yesterday we have been eating non-stop dari tengah hari, Ain and I decided to kongsi ja. Sebab kenyang ayam penyet Wong Solo tengah hari tu pun, tak habis lagi. Haha..

Melalui pembacaan blog dan dari dengar kata-kata orang, kalau pi BB ni, harus cuba mashed potato dia. HARUS. Belum la jatuh hukum wajibulghunnah lagi. Kang berdosa pulak kalau kau pi BB tapi tak cuba. Haha!

Banyak hoi! Penuh sepinggan. Makan berdua pun tak habis. Kurus lah katakan. :P
RM6.90

Since group kami ada 'kambing' yang kononnya siang tu tak makan sayur (by this, he meant sayur yang penuh sepinggan) lagi, Spark just had to order Greek Salad. Poooooyo sangat. Pergi kedai yang serve steak, tapi makan daun. Ceit.
RM10.90

Ain and I, we had Grilled Chicken Chop ja. Sebab she didn't want to eat meat. Which is, SAD. Aku memang tak pernah order ayam kalau kedai makan tu serve daging. Tapi kena ikut dia lah, sebab kami nak share kan.. Lagipun, aku kan hantam ja. Semua pun makan. ;)
RM15.90

Masa baru nak makan, tetiba Ain cakap,

"Kami tak reti sangat nak potong benda ni. Kalau keluaq dengan boyfriend kami, dia yang selalu tolong potongkan kat kami."

Hmm.. UNTUNGLAHHHHHHHH... Sheeeeeeshh..

Being a good friend that I am, I just had to pretend to be her boyfriend for a minute.
"Wahhh Adila.. Pandainya kau potong.."

-______________-

Since nobody has ever done this 'potongkan' thingy to me, memang aku pakar lah setakat nak potong benda-benda ni. Heh.

Bulat had Whole Chicken Leg (Black Pepper). Which, I didn't take any picture of it. Sebab masa tu kami tengah sibuk makan. Serius, makanan yang kami order kat BB ni, semua sedap! SEMUA. Kiranya, berbaloi lah duit tu. Lagipun aku ni, senang ja nak di-satisfy-kan. Biar mahal, asalkan sedap. Sebab aku jenis yang akan laburkan duit untuk makanan aku. :)

Dalam semua-semua benda, benda alah ni ja yang caught attention aku. The whole session, aku asyik gelak sebab benda alah ni.
RM3.50

Itu adalah teh tarik ye kawan-kawan. 

Hmm.. Apa yang lawaknya?

Tengoklah.....
Aku syak, kalau Ain nak masukkan kepala dia dalam cawan tu pun, muat. Besaq gila!! Lagi besar dari mangkuk mushroom soup kat Pizza Hut tu.

And... Setiap kali dia minum, I just had to laugh.

-,-"

06 November 2013

En Route to be a Serious Engineer

assalamualaikum~ :)

I was bored, to death, when I started to browse through some photos I had during my industrial training couple of months ago. Some were too cute, because we are cute liddat. Kihkihkih..

And most of the photos, hanya menunjukkan yang kami ni main-main ja sepanjang praktikal. Tak ada gambar yang serius. I wonder how a mid-twenties should actually act. Semestinya bukan macam kami ni. Well, obviously. -___-"
Haha.. Trust me, those days were one of the best in my life. Mohon lepas ni, dah jadi engineer, dapat lah jumpa dan kerja sama-sama dengan engineer sewel macam ni jugak. Boleh menyewel bersama dalam tapak pembinaan nanti. Lulz!
Masa depan rumah kalian, bangunan kalian, terletak di tangan jurutera-jurutera ini.

Brace yourself!

LOL.

05 November 2013

Jinx!

assalamualaikum~ :)

Since everybody is on cloud nine these days, I've been recalling my previous relationshipsss for the last six to seven years. Hahaha.. Excessive used of 's' shall leave you some hints on the number of ex-es I used to have in the past seven years, no? Lulz.

Ni bukan post meroyan, jangan risau. I'm very happy the way I am now. I just feel like posting bout this, sebab masa tengah baring-baring tadi, sambil berangan, berfikir yang idak-idak, something just happened to hit me. Like, bang! In the head. :P

You see, I think I'm very the malang fella lah when it comes to being in relationship (pre wed kinda relationship ONLY, hopefully post wed relationship is nowhere near this ill-fated ending kinda relationship HAHA). Like, malang, malang, malang gila. The whole phases of being in love were sooooooo beautiful and lovely, macam berjalan di atas awan, but they all just had to end the most extreme, sad, worst way.

I wonder why. :/

The first one, we broke up few days after we celebrated my birthday together. I was 17 back then. 

The second one, we broke up after we celebrated our first year anniversary together. I was 21 back then.

The third one, we broke up after we celebrated his birthday together. I was 23 back then.

Eh. That one is very recent. Haha.

Soooooooo... I was thinking..

Shall I not celebrate anything with you, my dear future love?
Because, the moment we celebrate anything, you will just disappear. Swooosh! Lulz. :D

03 November 2013

Sushi King

assalamualaikum~ :)

Remember I told you about my friend? The one who lovessssss to jump from one blog to another just to set her new to-eat goal? Rememberrrrrr??

Haha! So..... Last week, she actually made me eat sushi.

I repeat, SUSHI.

Told ya in the previous post, yang aku ni, Melayu di dalam dan luarnya. So sushi, was never in my to-do-before-I-die-list. Never. Ever.

But then, since last week was her birthday, and she has been wanting to eat those stuffs since like, foreverrr, so yeah. I brought her to. 

So.... Sushi King it is.

Tapi memandangkan aku langsung tak ada idea on what to eat nor how to order, had to drag housemate along, just to teach us, how to eat sushi. Haha! Noob. :P
Here's a bunch of Farhana. Nama sebenar, sama. Nama panggilan je lain-lain. Tudung merah baju belang, panggil Farah. Yang hujung kiri, Farhana. Yang hujung kanan, aku suka panggil Nabila. Hakikatnya, ketiga-tiganya pun FARHANA. Nama tak unik langsung! Lulz.
Sebelum masuk, kami duk godek-godek menu. Dah niat nak cuba, aku cakap kat Nabila, why don't we just go with the raw salmon? Manalah kalau-kalau kita ni sebenarnya ada darah Jepun yang mengalir. Boleh makan raw salmon. Peh. Angan-angan tak kalah. -..-"
This is the one yang bertanggungjawab membawa aku ke lembah penuh dusta ini.
Dah kata nak makan raw salmon, we took a plate of raw salmon (bottom left) and raw salmon belly (top right). Farah cadangkan salmon goreng (top left) and fish roe (bottom right). Kononnya fish roe tu, nanti letup-letup dalam mulut bila makan. Cicah kicap manis diaaaaa...
Makan dengan chopstick, walaupun tak terer sangat. Alang-alang nak perasan Jepun. Sushi jatuh ke meja pun takpa, boleh apply teori 5 saat tanpa ragu-ragu. Asalkan... Boleh makan dengan chopstick. Kahkahkah!! :P
Nabila tak habis-habis dengan sushi kegemaran dia, fish roe with cheeseeeeee... :O
She's enjoying her bitter green tea. Detox sangat......
But since Farah and I, we don't really enjoy bitter green tea, we opted for sweet lemonade instead. Hihi..
Muka tak sabarrrr ja tunggu mak pisahkan ayam goreng tepung panas dari lidi. Fiuh. Fiuh. :D
Actually, we ate quite a few. Raw salmon, raw salmon belly, fish roe, fish roe with cheese, ayam goreng tepung and fried shrimp. Farhana had baby octopus! Haha. Scary shit syialll... Makan sushi yang ada seekor anak sotong kurita bertenggek kat atas gumpalan nasi. Blerghhh.. Farhana had them! I didn't! Hahaha..

Siap ejek Farhana, kang tetiba ada tangan-tangan, as in tentacles octopus tu, geletek perut kauuuuu.. Hahahaha!!

So.... Basically, I must say, lepas ni aku tak akan jejak lagi Sushi King tu. Sebab bukan taste aku. Aku tak suka salmon mentah. Aku tak suka perut salmon mentah warna putih nampak kulit tu. Aku tak suka LANGSUNG telur ikan mentah berkeju pejadah tu. Aku tak suka teh hijau pahit. Unless, pakwe aku, tuan empunya Sushi King.

Or unless, korang nak belanja aku makan 10 pinggan of these.....
The only NORMAL thing yang aku jumpa.

JM Bariani House

assalamualaikum~ :)

Jadi seorang pelajar yang menuntut ilmu di negeri orang, adalah harus, bagi kau untuk mencuba segala apa yang ada di sana, tapi tiada di tempat kau. It could be anything. Asalkan ianya tak melanggar syarak, and the most important is, affordable. Haha.

Bagi aku, aku pilih makanan. :)

I have this one friend of mine, yang suuuuuuuuka baca blog merata-rata pasal makanan, then I'll be the one yang akan jadi mangsa untuk temankan atau bawakkan dia untuk pergi cuba segala makanan yang dia dah baca di entri-entri blogger fofular kat luar sana.

Sebagai kawan yang baik lagi tabah, aku pasrah. Lagipun, it's all about food y'all! What can go wrong with that, right? ;)

Tapi tu la, selalunya, baca blog, orang promote, kemainnnnnn sedap nak meninggal. Bila pergi cuba, ermm.. Boleh laaaa.. Not bad laaaa.. Heh. What a liar. :/

Last two semesters, we went to Nando's and spent RM60 for a whole chicken. For two. Sheeeeeeshhh.. The chicken was good. Tapi sebagai orang Melayu di dalam dan luarnya, aku tak suka sangat. Kepedasan ayam tu, langsung tak up to standard aku. Extra hot my ass. :/

Sebab tu, aku kurang gemar akan 'cuba makan tempat baru' thingy. Bagi aku, asalkan makanan tu sedap, kau nak suruh aku hari-hari ngadap makanan yang sama pun boleh. Insya'Allah, tak kan pernah muntah. Haha! :D

Since malam ni, one of our bestfriend tagged along, we decided to dine in kat JM Bariani House in Tesco Extra, Shah Alam ja. Kalau tak, dah lama kami shoot gi Foodsbury demi mengisi tekak orang kaya yang sangap dessert and coffee tu. *drools*

Both Nabila and Cikwan had beriani ayam.
And I had beriani daging.
Ya ampunnnnnnnnnn.. Kok nasinya enak bangetttt!! Dan dia punya acar buah is superb! Especially its date. Acar dia masam-masam pedas. Manis pun ada. Brrrrr...

Kelaku pelahap. Ratah acar buah lepas habis makan nasi. Sedap punya pasal. Sampai sayang nak tinggal. Padahal.... Muka ni, muka suka tinggal nasi semulut di pinggan. -,-"
Tapi, tu dulu..... Tengok sekarang, sampai licin pinggan, kau...
Bak kata Nabila,

"Kali ni media sosial tidak menipu...."

LOL.

02 November 2013

Katak Dah Keluar Tempurung

assalamualaikum~ :)

Since aku dah terkena lantik untuk jadi ahli jawatan kuasa (AJK) untuk Malam Pra Graduan (MPG), and I have no medium to communicate with the people, I just had to come out with a solution.

To sign up for Facebook. 

After. Two. Years. 
Yep. After two years of self isolation. Haha!!

Dah la segala aplikasi mesej percuma pun tiada. Entah siapa je lah yang nak berkomunikasi dengan aku ni kan? Kang orang buat meeting kejadah, aku sorang-sorang blur kat rumah. Heh. 

Hence, the decision.

Lagipun, masa jumpa lecturer tadi, she said, somehow I have to have this account. To build my own network. Nanti senang nak kerja. 

Hmm.. Logik juga tu. 

01 November 2013

One Step Closer

assalamualaikum~ :)

Just came back from my lecturer's room. My future supervisor for my master, Insya'Allah.

So.. Selepas more than half an hour of discussion, I decided to go for coursework, instead of research work.  Terbang lagi RM50 aku beli nombor pin. Hewww...

She insisted on me taking coursework instead, sebab dia kata, buang masa ambik research. Lambat habis. Haha!

Memang pun.. :P

And she... Even suggested me to further my master abroad.

ABROAD.

I repeat,

ABROAD.

Hmmm.. Not that I haven't thought bout it. I even Google-d bout it few times. Tapi, ketakutan untuk survive sendirian, di tanah asing, membunuh niat suci murni aku tu. :'(

But then, she told me this,

"Kalau niat awak baik, betul, nak pergi sana untuk belajar, Allah akan permudahkan semuanya."

And that, has already made my day!

...........................................................................

But.......

Aku baru nak try usya. Kalau tak ada rezeki pergi luar negara dan bawak balik suami mat saleh, aku sambung ja kat Malaysia. No biggie. God might have bigger plans for me here.

Janganlah kerana post ini, kalau ada sesiapa nampak aku berkeliaran di Malaysia tahun depan, terus nak halau pulak. Lulz. :P