26 March 2011

pagi yang men'demam'kan

assalamualaikum~ :)

hai. hari ni dimulakan pada aaaaaaaawal pagi! fuh. demam. tapi kena mandi jugak. sebab ada aktiviti. sejuk dia, tak terungkap dek kata-kata. tapi nak buak guane, ambo tokse buak gapo-gapo selagi ambok tok mandi. HAHA..
pagi-pagi lagi dah mengadap muka makcik-makcik kat atas ni. setiap hari aku mengadap muka depa. aku pun tak paham, kenapa? HAHA.. mana tak nya, tinggal lebih kurang sebulan saja lagi kot, pakat nak lawan mengadap muka masing-masing. lepas ni, tak dah.

kalau dulu, sepanjang jalan nak pi toilet, kacau cikwan. kalau sakit badan, lenguh-lenguh, cari zue suruh sapukan minyak. kalau nak makan sambil gosip-gosip, ajak nabila teman. kalau nak pinjam soalan final beserta jawapan, cari kuma. lepas tu kalau geram sampai terasa nak buli-buli orang, cari capik. bila nak buat garang, takutkan orang, cari aen.

lepas ni? macam mana nak buat semua ni? ajak adik-adik. HAHA..
kembali kepada niat asal. hmm. ampa nampak dak apa kat atas ni? mangkuk kan? ada enam bijik kan? ampa tau dak apa ada dalam mangkuk tu? hmm. enam bijik mangkuk tu, mewakili aku+cikwan, capik+kuma dan zue+nabila. kami masuk pertandingan MAKAN MEGI TERPANTAS. dengaq macam senang kan? fuh. mudoh blako. cis. dah la panas. pedas. and, you can actually find like zillion of chillies in each bowl! pergh. panas+pedas memang kombinasi yang terrrrrrrbaik. :')
muka kat atas gini, kalu tunjuk ke mak mertua, reject! dah la gelojoh. lepas tu, makan berdiri pulak. kembong habis pipi. T_T
ni sebelum makan, muka nak ceria-ceria dengan sudu garfu bagai. kebuluran ni semua. kerana apa ya? haaa. itu yang kita tak tau tu. HAHA.
dah tiba waktu makan, pergh. mengalir air mata mak, nak! AJK siap duk pujuk-pujuk aku. "menangis ke? pelan-pelan eh." *sambil tepuk-tepuk bahu aku* ah. tumpah sudah air mata duyung ku ke bumi Arau. di hadapan berpuluh-puluh orang. terima kasih megi! habis punah ke'macho'an aku. :')
you can actually observe my tears falling down, extremely macam air terjun dalam gambar ni. tapi, atas masalah kamera telefon bimbit aku yang cikai, ampa tak nampak. ah. pedulik! persetankan orang sekeliling nak kata pa pun. -,-

haishh.. semenjak hujung-hujung semester ni, aku pun tak paham dengan kami bertujuh. dah la kuat ponteng, pastu pemalas. paling ketara, muka tak malu. HAHA.. lekluuuuuuuuu.. bak kata mentor kami, Miss Khair, "you all kan senior. tak payah nak malu-malu." hoyeah!


kalau demam campur hujan lebat,
apakah hasilnya? :(

14 comments:

akema yazid said...

terbaekkkk!!!
sukaaa...sukaaa...
kenangan sem akhir.. :')

AdilaKaman said...

kuma : betui. :')

fanna said...

hoi hoi... hitam tuh

AdilaKaman said...

nabila : nak natural ka, plastik? :D

aLya maNip said...

perghh!!! best gila game..da la enjoy..kenyang lak tu..hahaha

AdilaKaman said...

alya : tau takpaaaaaa. tak menang pun takpa kot. kenyang! :D

Didiey . said...

perghh! meleleh siot!

AdilaKaman said...

didiey : HAHA.. kenapa? meleleh pa? ayaq lioq ka? sedappppppp ooo. :D

HaNa Hani said...

cepat je mase berlalu kan
herm...
^_^

AdilaKaman said...

hana : masa manis, memang cepat ja rasa ia berlalu. :')

halEEm said...

contest ni bole mintak tambah telo x?

Amir Syahir said...

best makang makang..keh2

Amir Syahir said...

best makang makang..keh2

AdilaKaman said...

haleem : amboi dia. dah nama pun contest. kang dia tambah telur, aku jadi kerja melayan makan, lambat ah. :D


hiro : best sedia kala. :D